Assalamualaikum semua!semalam aku cuti,x berblog sebab busy berfutsal sampai ke pagi..dah lama x main,so lepas tension sikit..korang semua ada baik ka?so hari ni kita akan berdiskusi sikit pasal isu orang melayu masuk gereja yang heboh di tulis dalam kebanyakkan akhbar mahupun internet 3 Ogos baru2 ni..sebelum tu aku nak ingatkan disini,aku x nak komen mengenai tindakan JAIS menyerbu gereja sebab benda tu panjang untuk di huraikan sama ada tindakan mereka tu betul atau tidak..sebab?benda tu hanya JAIS yang tau sebab mereka bertindak mengikut maklumat dan arahan,kalau x de kentut,masakan berbau busuk kan?
"Kay,apa masalahnya pasal gereja ni,aku x berapa paham..nape kecoh sangat jadinya?ee,kafir tol!"
First,kita x berhak nak mengkafirkan seseorang itu melainkan beliau sudah terang2 mengaku dirinya kafir,tapi kita juga di suruh dalam Islam supaya mencegah kemungkaran(kafir,rogol,etc.) dengan 3 cara,paling lemah benci dengan hati,kedua menegur dengan lisan dan akhir sekali menegur dengan tindakan atau perbuatan..dan tindakan JAIS tu sebenarnya bukan "SERBUAN" seperti yang di gembar-gemburkan oleh pihak media kebanyakkan sebaliknya ia adalah "PEMERIKSAAN" untuk melihat sama ada terdapat orang Islam yang menghadiri majlis itu..
"Majlis apa yang jadi 3 Ogos baru2 ni sampai JAIS buat pemeriksaan?"
Okay,pada tarikh tersebut,Majlis Thanksgiving Dinner telah diadakan,kononnya sebagai majlis berbuka puasa..namun begitu JAIS mengesyaki bahawa terdapat unsur2 untuk meraikan murtadnya umat Islam dalam majlis Thanksgiving tadi..macam yang aku cakap tadi,aku x berani nak cakap sama ada tindakan JAIS tu betul atau x..dari segi agama,memang JAIS sebenarnya agak keterlaluan sampai memeriksa tong sampah untuk mencari bahan bukti(tp logik la,kalau nak cari bukti kan?) sedangkan dalam agama pown ada menyebut tentang kita x dibenarkan menceroboh rumah ibadat agama lain..tapi,x kan kita nak biarkan sahaja saudara seIslam kita murtad?eh banyak sangat pro n cons nya mengenai tindakan JAIS ni,tp aku x nak ulas dalam ni,so sesiapa yang nak berdiskusi dengan aku,pm aku di FB atau jumpa depan2 then discuss..cuma sekarang aku nak tunjukkan perkara2 yang jadi dalam majlis 3 Ogos yang lalu dan mana silapnya sehingga ada yang menerima bantuan dari orang Kristian tanpa mengetahui niat perbuatan mereka sama ada untuk memesongkan kita atau tidak..
Aku ni makin malas agaknya,ahaha,untuk mengetahui apa yang jadi masa malam dinner tu,korang boleh baca dan klik disini..ramai orang yang mengecam tindakan JAIS menceroboh masuk gereja sebab ianya bercanggah dengan Islam yang menegaskan supaya tidak menzalimi agama lain dan rumah ibadatnya..ada jugak yang menyokong tindakan JAIS sekuat2nya dengan menyatakan mereka ini kafir la,apa la..aiyoo,dey macha,lu ahli menteri siap pakai songkok lagi dengan mudah nak mengkafirkan orang,x boleh itu macam..kaji,then kalau masih mampu,didik la kembali ke jalan Islam,bukan dengan mengkafirkan orang..ko menteri gaji beribu2,apa la salahnya buat majlis agama or malam berbuka puasa dengan rakyat,sikit sebanyak leh jugak bantu umat Islam supaya diorang x cari alternatif lain seperti pergi ke majlis dinner anjuran gereja,tokong,candi or whatsoever..
Ada 2 perkara yang menarik perhatian aku dalam isu gereja ni..
1. Bantuan yang diberikan oleh pihak gereja dalam majlis tersebut.
Seperti yang kita sedia maklum,Kristian sekarang ni sedang giat nak menjalankan aktiviti dakwahnya sebab sekarang,agama mereka semakin tidak diterima masyarakat kulit putih yang kebanyakkan nya mula memilih untuk menganuti agama atheis(atheis ni agama ke?agama ke?)..so dengan itu,mereka pown giatlah beribadah dan berdakwah dengan cara diorang supaya dapat menarik ramai lagi ahli..yang menjadi target diorang ni ialah golongan susah or x berkemampuan..melalui bantuan2 yang diorang bagi,diorang akan secara perlahan mengconvertkan si penerima tadi ke agama mereka..aku x kata salah untuk kita terima bantuan diorang,tapi kalau dah sampai kena masuk gereja then siap nak tipu JAIS yang x de orang Islam dalam majlis tu nape?kalau x buat salah x perlu takut..ye dak?tapi komen Wardina Saffiyah pown ada benarnya,rapuh sangat ke iman kita sampai masuk gereja je terus nak tukar agama?BETUL..kalau korang just lahir dalam Islam,dan x ikut Islam dan ajarannya maybe la rapuh kepercayaan kita..so still,ada pro dan cons dalam isu ni..still,x sure komen mana yang betul(berkata x tahu lebih baik dari berlagak tahu)=>..
2. Isu yang sebegini dikaitkan dengan politik..
Well,sudah lumrah negara kita sekarang..even kalau jalan rosak.or bangunan x bercat pown,ahli politik yang akan kena..nak aku ingatkan sesuatu disini,aku paling x suka bila orang cakap "Ko kena terima kasih kat kerajaan,sebab kalau x de diorang,ko x kan dapat sekolah x kan dapat bla..bla.bla.."..What the.....eh itu tanggungjawab dia la nak sediakan sume tu..kita pilih dia supaya tadbir negara,so buat la kerja..terima kasih??even kalau PERKASA pegang Malaysia pown,diorang still kena penuhi tanggungjawab,x perlu terima kasih..so x salah kalau seorang rakyat seperti aku mengkiritik tindakan x betul mana2 pihak,even Pakatan Rakyat sekalipown..anda kenal YB Kulim?ala yang selalu kuar tv dengan komen pedas tu..dalam isu ni,dia cuba nak yakinkan orang bahawa ada sesetengah pihak gembira apabila ramai melayu masuk kristian..apa dia dapat dengan berbuat macam tu?selesai ke isu ni?orang makin jelas ke dengan isu ni?orang akan tahu ke apa punca masalah isu ni?NO..sebaliknya orang akan mula mengkafirkan pihak yang gembira ni tadi..dah jadi isu mengkafirkan orang lagi..sape pihak yang gembira tu??(YB Zul ni dia keluar dari Pakatan,so korang pikirlah sape pihak yang gembira)..aku x kata PKR tu bagus tapi apa faedahnya kepada masyarakat dengan memburukkan lagi keadaan?aku bukan pro-Pakatan,tapi aku prefer PAS..so aku agak kagum dengan usaha Tuan Guru Haji Hadi Awang yang cuba nak selesaikan isu dengan x komen apa2 pada media dan cuba melakukan pertemuan antara kedua2 pihak yakni gereja dan JAIS bagi menyelesaikan isu..so,macam aku cakap,kalau x tau apa2 lebih baik diam..
Kesimpulannya?masyarakat hari ni memang sangat mudah terpengaruh..dan x mustahil aku katakan masyarakat Melayu khususnya paling mudah tepengaruh..contoh?kalau sekarang musim ni fesyen baju berkemban,semua nak berkemban kalau boleh,kalau sekarang musim K-POP,semua nak K-POP,cadar tilam,gambar lappy,poster,eh sume lah...tapi bangsa Melayu ni la yang paling aku sayang..kenapa?sebab ikut mana pun,kta tetap akan rasa nak ubah taraf hidup Melayu dengan pelbagai cara..nak bagi ceramah,tulis blog,even time sekolah dulu,aku ada pergi ke sekolah2 lain tuk bantu pelajar bermasalah yang rata2nya bangsa Melayu..sama2 la kita nasihat-menasihati sesama Melayu dan Islam..I Love MALAYS!
-WASSALAM-
P/S : Perdana Menteri kita ada pergi ke Vatican City yang meme terkenal dengan Kristianitinya dan melawat Pope disana,x jadi isu pown..so,as long as our intentions are clear and not to be questioned by others,x jadi isu pown,ni yang sampai nak lari ikut pintu belakang la,nak sorok kononnya x de Islam dalam gereja tu kenapa..kata x de peruntukan undang2,nape nak takut..kan3?
No comments:
Post a Comment