"Nibiru"
Tajuk tu saja kasi panas,didikan Harian Metro yang lagi seronok dibaca dari Utusan Malaysia,well,u know why i hate Utusan..
Assalamualaikum semua!kepada yang terus membaca,alhamdulillah,usaha aku berbaloi jugak nak menyampaikan ilmu yang aku dapat..sehari dua ni aku nik pening dengan membaca berlambak fakta,paling pening baca bahasa Indon,banyak sangat dialek nya..baca BI lagi senang..tp x pe la,nak ilmu,usaha lebih sikit..okay,as I promised,i will tell u the facts about Nibiru..but first,take note,what i write here is by reading,not by dreaming nor jogging..so,nak kata fakta pown,aku sendiri pown x boleh nak pastikan yang Nibiru ni fakta atau x,tp x pe..aku akan citer pasal Nibiru first then aku akan terangkan pandangan aku mengenai kewujudan Nibiru ni..
1. Apa sebenarnya Nibiru ini?
actually,what is Nibiru?Nibiru ni kalau nak di tanya maksudnya bermaksud bersilang ataupun titik persilangan (seperti dalam bahasa Akkadian)..Nibiru pada satu kumpulan menganggap ianya hanya lah satu dongeng yang direka oleh pihak yang menganggap ianya sebuah Planet kerana terlalu mempercayai kalendar kaum Maya(kaum Maya ni antara kaum terhebat yang pernah wujud pada satu ketika dulu KONONNYA)..manakala bagi pihak yang percaya Nibiru ini wujud,diorang anggap NASA hanya menyembunyikan kebenaran kerana x nak dunia ni chaos x tentu pasal..
"Apa kaitan kiamat dengan planet Nibiru ni Kay?aku still x faham..Nibiru ni planet X yang kita dengar masa darjah 6 dulu ke?"
First,pada pendapat aku,Nibiru ni x de kaitan dengan kiamat ..sebab?nnt aku terang kan kenapa pada aku Nibiru ni x wujud or x akan mendatangkan kiamat..ya,Nibiru ni jugak dipanggil planet oleh Nancy Lieder,minah psyko yang sangat la merepek lagi bebal pada aku(muka dia pown dah macam hape tah..)..and kalau nak tau kenapa orang kata kiamat 21 12 2012,sebab diorang percaya planet ni akan melanggar Bumi sampei la Bumi jadi macam cebisan kertas ataupun bergesel dengan Bumi menyebabkan graviti Bumi terganggu lalu menyebabkan Doomsday..kalau time sekolah mesti kita ingat lg,orbit setiap planet ialah bersusun satu sama lain dan teratur..tapi planet X ataupown Nibiru ni pelik sikit sebab diorang gambarkan orbit Nibiru ni seperti gambar dibawah yang menunjukkan satu hari nanti dia akan berlanggar atau lalu hampir dengan Bumi..
Perhatikan orbit melingkar dia,ada kemungkinan kalau ianya wujud,ia akan melanggar atau melalui Bumi..
2.Siapa dia Nancy Lieder,Kaum Maya(Mesoamerican) dan Zecharia Sitchin?
Okay,first,Kaum Maya or Mesoamerican ni ialah bangsa tamadun Kuno yang sangat maju peradabannya pada waktu tu(so jangan tanya soalan bangang seperti masa tu filem apa best?or tanya diorang g sekolah naik kete ke motor sebab maju diorang x sama dengan kita sekarang..)..bangsa ni la yang cipta kalendar Maya yang buatkan Zecharia Sitchin ni kuarkan fakta pasal kiamat kononnya 2012(entah2 dia buat2 pandai baca bahasa Maya kuno,then dia predict sendiri,who knows?)..bagi mereka yang percaya pada kalendar Maya kuno ni,diorang percaya sebab ada beberapa tilikan or prediction diorang sejak 30xx tahun dulu tu betul(walaupun aku x jumpa apa diorang predict)..
Okay,done with Maya kuno,move on to Zecharia Sitchin..dia ni penulis terkenal sebab membangkitkan isu tarikh kiamat dan dan menjangkakan kewujudan planet Nibiru ni dalam bukunya yang berjudul Bacalah Sayang,eh silap,The 12th Planet..dia ni beranggapan bahawa Nibiru ni ialah sebuah planet yang didiami sekumpulan tuhan yang digelar Annunaki,yang konon nya akan singgah datang untuk membawa kehancuran pada Bumi pada tarik 21 12 2011(mamat Zecharia ni pernah jugak cakap Annunaki ni datang awal sket naik kapal angkasa,LOL)x percaya klik link tu..and untuk pengetahuan anda,Annunaki ni ialah tuhan2 orang2 zaman Mesoamerica ataupun bahasa Melayunya kaum Maya tadi..
Ha,yang last sekali,Nancy Lieder..dalam banyak2 orang yang predict tarikh kiamat ataupown kewujudan planet X ataupun Nibiru ni,dia ni paling lapsap ataupun orang cina kata jibai(cibai melayu cakap)..kenapa?sebab teori dia dan cara dia sebar teory tu sangat lah Doraemon nya..Doraemon pada aku sebab teori dia tu jenis syok sendiri..Nancy Lieder ni mengaku kononnya otak dia telah di implan dengan bahan daripada sekumpulan Alien yang bergelar Zeta..kononnya Zeta ni boleh bagitau banyak benda tentang masa depan dan Nancy Lieder ni la yang jadi "mesin faks" antara Alien Zeta dengan orang2 yang sebulu dengan Nancy tadi..dia ada bukak ZetaTalk website,dan di situ la dia berbincang dan berdakwah dengan dakyah palsu utusan Alien Zeta tadi..(aku nak terkencing bila baca conversation dia dengan Sci.Astro,kalau korang nak baca,klik sini)..
Ramai lagi manusia yang mengaku dia la Jesus Timur la,apa la,dah cuba nak predict tarikh kiamat ni,Moses David la,Ed Dames la,Hon-Ming Chen la..kalau korang nak review satu2 klik sini..aku malas nak terang sume,sebab x bape penting and x berkait dengan Nibiru..
3. Pendapat aku yang naik berair mata membaca..
For me,this prediction are invalid..kenapa?let me view it in point..
-Benda yang diterangkan dalam prediction Kaum Maya kuno tu tentang 2012 ialah "End Of Times"..eh banyak sangat la yang boleh dipikir maksudnya selain dari Hari Kiamat,boleh jadi kita akan bertembung dengan peradaban lain yang bawak kita ke satu peradaban baru,boleh jadi jugak..boleh jadi end of time tu maksudnya end of time for people live in the darkness(kekufuran)..leh jugak jadi end of times tu bermaksud tamatlah pengeluaran Majalah Times,Kumpulan The Times berpecah atau suratkhabar News Straits Time(LOL) sebab ia x jelas apa yang dimaksudkan "End Of Times"..so x payah la nak percaya sangat sampai nak sebar satu FB..
-Macam yang aku cakap,kaum Maya Kuno ni menganggap Nibiru or Planet X ni sebagai tempat kediaman tuhan,Annunaki yang mana diketuai oleh Great Anu and seterusnya di turunkan takhtanya kepada Enlil(What?tuhan turun takhta?WHAT?)..easy question,nobody know where is our God..tapi kita tahu Allah tu wujud dengan bukti2 yang difirmankan Allah dalam Al-Quran..Allah juga Maha Esa yakni satu..yang Annunaki ni banyak keluarganya,macam aku cakap kat atas,"SEKUMPULAN tuhan"..so?nak percaya,aku tegaskan x payah..Allah Maha Esa,pahatkan diminda anda,x perlu nak jadi mangsa tipu daya manusia bebal macam Sitchin ataupun si bedebah Nancy tadi..
-Again as like what I said above,Kaum Maya ni memang la urban,tapi urbannya pada zaman SM(SebelumMasihi,bukan Sm Salim) dengan Masihi lain nak oii..diorang maybe ada astrologi yang hebat,tapi kita kena ingat,masa berjalan dan membawa perubahan dari segi teknoligi..so korang bayangkan,kalau zaman dulu boleh nampak Planet yang kita sampai sekarang x nampak2(seperti yang ditegaskan NASA,ia x wujud),x kan la kita x boleh nampak sedangkan kita mampu mencerap galaksi BimaSakti la,bla..bla..so pada aku,ia still baseless dan fragile..ahaha..
-Ada pihak yang menyatakan bahawa imej Planet Nibiru yang diambil oleh teleskop tu ialah hasil daripada pantulan dalaman di dalam lens,or bahasa photography nya ialah Lens Flare..situasi ni sering terjadi sama macam kelibat2 UFO yang dirakam oleh kamera..hal ni dah di terangkan dan dibuktikan oleh David Morrison,saintis senior NASA(kalau korang x percaya,bacalah artikel dia yang panjang berjela tu..)
-Last sekali,aku x percaya pasal Nibiru ni sebab ianya ramalan,and sebagai umat Islam,kita x boleh mempercayai ramalan..kalau korang boleh,bagi aku satu bukti kukuh dimana,kenapa,dan bahan2 yang menunjukkan Planet Nibiru ni wujud..setakat yang aku baca 2 hari ni,x de pown yang meyakinkan aku..kalau korang nak bukti kiamat akan tiba dan keadaan kiamat aku boleh bagi,baca terjemahan surah al-Qariah,al-Zalzalah,al-Infiitar,dengan surah At-Takwiir..ayat2 tu menceritakan keadaan kiamat(x main la macam 2012 ngeri dia,yang ni tahap ngeri dia,korang x boleh bayangkan..)
Kesimpulannya,benda ni agak bahaya tuk dibincangkan sebab x de benda yang sahih,kalau nak kata Nibiru ni x wujud,ada je bukti dari NASA(masalahnya,telus ke NASA tu)..and nak kata wujud,maknanya kita setuju la dengan kalendar kaum Maya tadi,dan kewujudan Anunnaki tadi..so,kalau korang nak jawapan bila kiamat,x de jawapan tepat..hanya Allah yang dapat terangkan bila datangnya kiamat..and kalau korang x percaya,bacalah surah al-Araf ayat 187..
-Wassalam-
P/S : When u read,it is a serious matter..1 daripada blog yang aku baca,kawannya dah mempercayai bahawa tuhan tu wujud di Planet Nibiru ni seperti yang di tulis dalam kalendar kaum Maya Kuno..Subhannallah..ini la sebab nya aku menulis pasal ni,supaya korang dapat lihat apa yang diterapkan Islam itu berbeza dari scholar seperti Sitchin..kurangnya membaca,kurangnya mengkaji,kurangnya akal,kurangnya ilmu yang membuatkan seseorang itu merubah kepercayaannya seperti sahabat blogger yang aku baca semalam..and aku,sebolehnya nak korang tau benda ni,sebarkanlah..walaupun penulisan aku ni hanyalah nukilan budak kecik ataupun setahun jagung,apa yang aku tulis tu benar,korang cari la setiap ayat al Quran yang aku bagi tu,mmg ada kaitannya,korang carilah pasal Sitchin,cari lah pasal Nancy kalau korang x percaya,carilah,and kalau ada yang x betul,bagitau aku supaya kita boleh sama2 berkongsi..sebarkanlah,x perlu cakap aku yang tulis pown x pe..janji biar ada orang yang tahu..supaya diorang x jahil dan menerima bulat2 seperti sahabat blogger yang aku baca blog nya semalam..


No comments:
Post a Comment