Tadaa!kejut ke?ahaha..Assalamualaikum sahabatku serta saudara2ku..sihat?dah makan?anda dah berak ke belum?huhu.gurau je,jangan emo2 di bulan ramadhan,kurang pahala,.Okay semua,hari ini,aku akan berkongsi serba sedikit dengan korang semua mengenai Ibnu Soyyad dan Dajjal..pernah dengar nama Ibnu Soyyad?maybe ada yang pernah dan maybe ada yang x pernah..bagi yang tau pasal dia,TAHNIAH,anda pemenang!huhu..sebenarnya cerita pasal dia ni agak menarik..kalau aku tanya pasal kisah Nabi Muhammad S.A.W. berjalan untuk berdagang di Syam bersama pakciknya dan kemudian di tilik kenabiannya maybe dah ramai yang tau..even my own son,eh silap,own sister 10 years old also know..but this Ibnu Soyyad?
"cer citer kay,cer citer kay..aku nak taw jugak..Dajjal ni yang mata satu tu ek?apa kena mengena dengan Ibnu Soyyad ni kay?cer citer,cer citer.."
Ya benar!Dajjal ni yang buta sebelah matanya,aku x kata dia matu satu ya,remember,dia buta sebelah matanya,bukan bermata satu..gambaran dajjal mengenai matanya ialah mata nya buta sebelah,manakala matanya sebelah lagi tersembul keluar..dan di dahinya tertulis perkataan "KA-FA-RA" sedangkan yang ummiyyin(buta huruf) pown boleh membacanya..scary right?kalau nak diceritakan dajjal,banyak sangat prespektif,ada yang kata dajjal ni sebuah negara seperti Amerika kerana mereka menyembunyikan kebenaran sedangkan yang kepalsuan digembar-gemburkan(menutup sebelah mata)..tapi ingat ya semua,Dajjal ni ialah INDIVIDU,sabda Nabi Muhammad S.A,W. : "Sesungguhnya aku memperingatkan kamu mengenai Dajjal dan semua para Nabi sebelum ini memperingatkan kaumnya mengenai Dajjal. Nabi Nuh mengingatkan kaumnya tentang Dajjal,tetapi aku terangkan kepada kamu mengenai sesuatu yang belum pernah diterangkan oleh Para Nabi kepada kaumnya sebelum ini. Ketahuilah,sesungguhnya Dajjal itu buta sebelah matanya,sedangkan Allah Maha Suci lagi Maha Luhur dan tidak buta."..so,Dajjal itu individu..jangan nak serabutkan kepala anda,dan aku akan tunjukkan bukti lain mengapa aku anggap Dajjal itu individu,bukan negara,freemason,ataupun sewaktu dengan nya walaupun perangai segelintir negara mahupun pihak dah macam Dajjal..
"apa kena mengena Dajjal dengan Ibnu Soyyad?ko tulis sama dengan tu?apa ko cuba nak sampaikan?"
SABAR!okay,kisah nya bermula masa aku Form3,aku ni suka berdiri dekat 15 minit baca papan kenyataan kat Masjid kat asrama aku..satu hari tu,ada satu artikel menarik yang di tampal BADAR(Badan Pelajar Islam,bukan nama sebenar Bade Hj Azmi tu)..ianya menceritakan perihal Ibnu Soyyad yang sangat lah celaka(aku x tipu,memang berdasarkan kisah dia,dia memang celaka)..so aku pown baca la dalam keadaan berdiri dekat 15 minit sekeping kertas A4,dengan font 8(nak buta mata aku belek tulisan dia)..tapi masa tu,aku x jelas sangat pasal Ibnu Soyyad..ya la zaman tu aku x faham kegunaan internet,yang aku tau internet ni gunanya nak bukak Myspace x pown Friendster je..kebetulan masa ujung tahun form 5,aku teringat pasal Ibnu Soyyad,"aku x taw banyak pasal budak ni,tapi kenapa aku asyik pikirkan cerita dia,nape dia biadap dengan Nabi Muhammad S.A.W."..
So,nak dijadikan cerita,aku cari la buku pasal dia ni kat pasar malam,x jumpa,yang aku beli balik pasar malam,punggung ayam dengan vcd gusti..lama2 aku try tanya Ustaz aku,dia pown jawab dengan selambanya "kamu banyak lagi nak kena belajar,Ibnu Soyyad tu kemudian kamu pikirkan.."masalahnya jenis aku kalau pikir satu benda,bendu tu je la aku pikir,melainkan kalau aku main dota,lupa la kejap..last2,aku teringat pasal dia ni kat cc lepas fed up main dota asyik kalah,maka aku pown mulalah membaca mengenai nya sedikit demi sedikit..apa yang akan aku sampaikan ini ialah fakta,hadis dan sebahagian quote dari para sahabat..
Nak dijadikan cerita,Ibnu Soyyad ni seorang kanak2 sewaktu Baginda bertemu dengan dia..dekat nak baligh la senang cerita..Nabi Muhammad,Umar Al-Khattab,dan para sahabat yang x lebih dari sepuluh orang pergi menuju ke perkampungan Ibnu Soyyad,dan ketika ditemui(macam Bullet Tin Utama lak),dia sedang bermain bersama kanak2 lelaki sebayanya..dah seronok sangat main,Ibnu Soyyad x sedar Baginda datang,lalu Baginda pown menepuk belakang Ibnu Soyyad dan bertanya
"Adakah kamu bersaksi bahawa aku ini Rasulullah?"di pandangnya Baginda.
Lalu Ibnu Soyyad menjawab "aku bersaksi bahawa kamu ialah rasul orang ummiyyin(tidak pandai membaca dan menulis)..adakah kamu bersaksi bahawa aku ialah utusan tuhan?"disoalnya kembali kepada Nabi Muhammad S.A.W..
Baginda menjawab "aku hanya beriman kepada Allah dan Para Rasul-Nya..Apa yang kamu nampak tentang perkara ghaib?"tanya Baginda..
"datang kepadaku berita benar dan bohong"jawab Soyyad..
Baginda bersabda "engkau tidak dapat membezakan keduanya..Sesungguhnya aku telah menyembunyikan sesuatu darimu supaya kamu boleh memberitahuku benda tersebut..
Ibnu Soyyad berkata "Dukh(sejenis asap)"
"Ikhsa'(iaitu perkataan seperti menghalau anjing).engkau tidak mampu mengetahui perkara ghaib semata2 kerana kuasa yang ada pada engkau itu adalah pemberian Allah kesemuanya"sabda Baginda.
"Izinkan aku memenggal kepalanya Ya Rasullulah S.A.W."kata Umar Al-Khattab yang terkenal dengan keberanian serta kegarangannya.
"Sekiranya dia adalah Dajjal,engkau tidak akan mampu membunuhnya,dan sekiranya dia bukan Dajjal,maka tiada sebarang kebaikan dengan membunuhnya."sabda Baginda..
Pernah sekali ,Abdullah bin Umar,sahabat Baginda menceritakan pada suatu hari,Baginda dan Ubai bin Kaab al-Ansari kesebuah kebun Tamar(kurma ya kawan2)..time tu Ibnu Soyyad ni sedang duduk dalam kebun tu..Rasullulah masuk ke dalam kebun itu dan bersembunyi disebalik pelepah2 pokok Tamar supaya dapat mendengari pertuturan dari Ibnu Soyyad ni tanpa pengetahuannya..time tu,Ibnu Soyyad ni tengah baring mengiring dan mengeluarkan suara yang tidak difahami..
"Wahai Sof(nama Ibnu Soyyad),Sof,Ini Muhammad"kata ibu Ibnu Soyyad yang ternampak kelibat Baginda di sebalik pokok Tamar..
"Sekiranya ibu Ibnu Soyyad membiarkannya nescaya akan nyatalah siapa sebenarnya Ibnu Soyyad"sabda Baginda.
faham x apa yang aku cuba sampaikan?dulu,Nabi Muhammad pergi menjumpai Ibnu Soyyad ni untuk mengetahui dia ni Dajjal atau x..pernah sekali Jabir bin Abdullah bersumpah atas nama Allah bahawa Ibnu Soyyad ni ialah Dajjal..tanya seorang sahabat,kamu bersumpah dengan nama Allah?
Jabir pown menjawab "aku mendengar Umar -Al-khattab bersumpah atas nama Allah bahawa Ibnu Soyyad ialah Dajjal,dan Baginda tidak mengiyakan,mahupun menidakkan"..
sedangkan Baginda tidak mengiyakan Dajjal itu Ibnu Soyyad atau x..sapelah aku nak kata dia Dajjal..tapi,apa yang buatkan aku tertanya2 pasal ni ialah Ibnu Soyyad ni sendiri,dia makin lama makin menyerupai Dajjal,sembang nya macam menipu,matanya nya jadi satu..pernah terjadi satu peristiwa Umar Al-khattab berjumpa dengan Ibnu Soyyad dan melihat matanya telah buta sebelah..
Lalu ditanya Umar Al-Khattab "sejak bila mata kamu menjadi demikian?"
"Tidak Tahu"jawab Ibnu Soyyad..
"apakah anda tidak tahu padahalmata itu dikepalamu sendiri?"tanya Umar lagi..
"Jika Allah mengehendaki, Dia menciptakan yang demikian ini pada tongkatmu"jawab Ibnu Soyyad sambil berdengus seperti Himar.
lepas tu sebahagian sahabat menegur Umar bahawa dia lah yang memukul mata Ibnu Soyyad dengan tongkatnya,tapi Umar sendiri tidak merasakan yang dia melakukannya(separa sedar)..sejak dulu lagi Ibnu Soyyad ni dikatakan Dajjal,tapi dia ni pandai,dia cuba buktikan yang dia bukan Dajjal..pernah satu ketika dia ni mengerjakan Haji@Umrah dengan Abu Sa'id Al-Kudri r.a..Ibnu Soyyad ni try la buat baik,hulur makanan,minuman pada Abu Sa'id r.a. tp ditolaknya,risau kerana mengesayki dia ialah Dajjal..
"sekiranya aku ialah Dajjal,bagaimana mungkin aku mampu mengerjakan Haji@Umrah di Kota Mekah sedangkan Dajjal tidak dibenarkan masuk ke kota suci ini?sabda Baginda,Dajjal itu mandul dan tidak ada anak,sedangkan aku ada anak yang aku tinggalkan di Madinah?"kata Ibnu Soyyad nak bersihkan nama dia..
"Demi Allah,ingatlah,sesungguhnya aku mengetahui dimana dia(Dajjal) berada dan mengetahui dimana tempat lahirnya"kata Ibnu Soyyad..
Abu Sa'id bertanya,"kau suka jika lelaki itu(Dajjal) ialah kau?"
"Jika disindirkan padaku,maka aku tidak benci."jawabnya..
Panjangkan cerita tu?nak dijadikan cerita,Ibnu Soyyad ni sepanjang hidupnya dia dikaitkan dengan Dajjal,dan yang menariknya, ialah dia ni x kesah orang panggil dia Dajjal..Nabi Muhammad mengakui bahawa dia ini mempunyai sesuatu yang istimewa pemberian Allah..ada pendapat mengaku Dajjal itu ialah Ibnu Soyyad,kerana ada beberapa sahabat bersumpah bahawa Dajjal itu ialah Ibnu Soyyad sedangkan Baginda tidak mengiyakan mahupun menidakkan..tapi,ada jugak yang menidakkan berdasarkan fakta anak Ibnu Soyyad,tempat tinggalnya di Madinah yang mana Dajjal tidak dibenarkan masuk kedalam nya,even Ibnu Soyyad ni pown g Haji..satu lagi fakta mengapa Ibnu Soyyad ni bukan Dajjal,sebab Hadis Tamim al-Dari..nak ringkaskan,pada satu hari,Tamim berlayar dilaut dengan krew kapal sampai la dipukul ombak hingga terpaksa berlabuh di sebuah pulau..cerita yang ni panjang sikit,tapi endingnya,ada seekor makhluk berbulu dan besar yang diorang jumpa kat situ dan makhluk tu suruh Tamim ni tanya sape makhluk tu pada seorang lelaki yang dirantai dalam sebuah gua..dan lelaki tu mengaku dia adalah Dajjal al-Masih..manakala makhluk berbulu yang kat luar tadi ialah Al-Jasassah(kalau betul la ejaan aku),penjaga Dajjal yang ada dalam gua tu..Tamim cerita pada Baginda dan Baginda membenarkannya..
So,Dajjal besar kemungkinan nya bukan lah Ibnu Soyyad,tapi aku still minat pasal Ibnu Soyyad ni sebab dia macam penipu besar yang sangat meyakinkan..Dajjal ni bapanya manusia yang gemuk,manakala mak nya pulak ialah jin pompuan yang sangat buruk dan gemuk..gambarannya begitulah..ada ura2 mengatakan Dajjal ni sekarang di rantai di sebuah kepulauan di Yemen..tapi,hebatnya kuasa-Mu Ya Allah,secanggih2 radar amerika,x boleh jumpa mana letaknya pulau tu..dulukan,aku selalu dengar ustaz cakap,jangan biarkan azan berkumandang tanpa menjawabnya..sebab?kalau kita buat camtu,maka terbuka la satu gigi rantainya hingga lah satu hari nanti rantai itu x boleh di pasang semula..ada pihak mengatakan bahawa Dajjal ni di rantai oleh Nabi Sulaiman yang kita ketahui boleh berbahasa dengan haiwan,jin dan sebagainya..Rasullulah juga pernah bersabda "jarak antara hari kiamat dengan waktu kita(sekitar zaman kehidupan Rasulluah S.A.W. hanyalah seperti jarak jari telunjuk dan jari hantuku"..membuktikan betapa x jauhnya kita dari hari kiamat..
"x best la kay entry ko ni,aku x paham sangat.."
ko kalau aku post pasal pompuan seboleh2 nak paham,bab macam ni..haish..huhu..aku bukan la cendekiawan,Ustaz,cikgu,ataupun pensyarah,tapi aku suka bab2 mcm ni,pasal kiamat..pasal Dajjal,pasal Yakjuj Makjuj(bukan yakjud makjud taw),dan macam2 lagi..banyak tanda2 besar kiamat akan muncul x lama lagi..misalnya,sekarang,Bumi sebenarnya dah semakin nak kiamat..tanda2 kecil hampir semuanya sudah ada..and antara berita yang menarik tuk aku kongsi bersama dengan korang,Marikh sudah pown terbalik arah putaran nya dari yang asal menyebabkan siang disana menjadi malam,dan malam menjadi siang,matahari terbit di sebelah barat dan tenggelam di sebelah timur..x percaya ka??fenomena ni dipanggil "Retrogade Motion" oleh para scientist yang kapiaq masih x nak mengaku kebenaran Islam..ni link tuk berita ni,korang nilai la sendiri boleh pakai ke x ya.."klik pada saya"..yang pasti,x lama dah weh nak kiamat..percaya lah..tp jangan percaya kiamat 2012 sebab korang tengok movie banyak sangat..tah ada jugak insan bebal mana post kiamat 21Mei 2011..ingat,even Nabi junjungan kita pown x taw bila nya kiamat secara actual date..kerja kita beribadat la selagi mampu..banyak lagi yang menarik pasal kiamat contohnya waktu Dajjal merentasi Bumi untuk menyesatkan manusia ialah 44 hari,tapi 44 hari tu makna nya sebulan 14 hari ke?ops,salah tu..x pe,insyallah aku akan post mengenai kiamat dalam masa terdekat sebelum aku balik U..just untuk renungan kita bersama..betulkan aku kalau aku salah,cuma jangan dengan menuduh aku freemason or illuminati dengan menyebarkan fakta x betul..sebab aku pown sape je,student..banyak lagi nak kena belajar..tapi setakat apa yang aku tulis kat atas tu betul..g amik wudu',baca Al-Quran..pasal Ibnu Soyyad tu je susah nak faham sikit kalau baca dalam bahasa Indonesia,n pasal orbit bumi tu aku relatekan kajian NASA dengan tanda kiamat matahari terbit disebelah Barat..okay bebeh?take care u'olls!!
ni zikir yang selalu buat aku rasa aman je..harap2 korang akan rasa benda yang sama macam aku!
P/S:cerita kat atas ni agak panjang,maklumlah pasal kejadian ciptaan Allah seperti kiamat x boleh kita singkatkan..so mana yang x faham sangat,kalaukorang yang sembang dengan aku face2face,aku akan bg korang paham..k?
No comments:
Post a Comment