Wednesday, 14 December 2011

15 Disember 2011 - Football Fever..


Ramai yang dah tahu IM A KTBFFH believer..
Dari sekolah rendah,dari aku x kenal sesapa pown player Chelsea at that time sampai la sekarang..
Im always Chelsearian(ada ke?)
Baru ni duduk mengulit atas tilam nipis x dapat tido tengok jam pukul 4..
Buka Eurosport.com tengok2 Chelsea dah kena sebutir dek penangan Balotello(no typo)..
Minit ke-2 lak tu..
TIba2 rasa mengantuk sebab Chelsea kena dulu..
Biasanya kalau kena dulu memang Chelsea x menang..

Tapi bila melihatkan gaya corak permainan Chelsea yang ditulis dalam highlight tu membuatkan aku tergerak hati nak g tengok..
Si Mereiles sumbat goal dengan gaya tomoi which is an equalizer..
Dah rasa tergerak hati,aku amik kunci CCU 9242 aku,then pakai earphone Arip,then aku start motor,then aku bukak lagu Karma FT tuk menghilangkan rasa cuak nak menghala ke SP dari umah..
Tengah2 jalan tu x lebat sangat ujan..sampai je traffic light nak naik jambatan tu masyaallah lebatnya hujan..
Nasib baik pakai sweater so x basah sgt..
Cucuk duit then terus kekedai Mamak..

David Luiz, Better than Sloppy Terry..

Juan Mata, Chelsea Playmaker,better than overrated Lampard..I mean Far more better..

Duduk2 tengok2 Chelsea mempamerkan corak permainan macam orang gila..
Serang macam orang gile,n bertahan macam orang gile jugak..
Satu situasi yang x pernah dilihat dalam Chelsea selepas kalah dengan QPR 1-0..
N luckily atok Lampard berjaya menjaringkan penalti..
Bermakna the invincible man City bowed to Chelsea..
And we win!!!!

-LOL-

P/S : Chelsea..Chelsea..

15 Disember 2011 - Di penghujung 2011..


Selamat pagi to Nora and all readers (are there any readers?hehe)
Tahun 2011 dah masuk ke penghujungnya..
There were something that still not change in myself during this year as a mere human,,

First, tabiat bangun pagi untuk ke kelas pukul 8..
Macam mana nak bangun tido kalau tido pown pukul 5,6 pagi..
Teringat time kat asrama dulu, kalau ada je fire drill, aku dah sah2 rentung sebab x mampu terjaga dengar bunyi loceng..
Sampai bila terus jadi begini?ahaha..
Until i married and that unfortunate lady have to wake me up,n at that time she will know how its' feel to have a husband like me..

Second, perangai x reti nak berpuas hati..
Hari2 da je yang meng-iritatingkan aku, dari hal politik, sampai la kat kelas..
Ada je yang buat aku rasa nak marah..
Ada je yang nak minx kena maki dengan aku,nasib baik la aku still waras tuk berfikir..
Kalau x dah lama aku bunuh or ludah kat muka individu yang aku x puas hati..

Third, pointer yang x reti nak naik2..
Nak kata aku malas maybe, tapi x de la aku x study langsung..
Bohong le kan,tapi tu la..why, WHY??
I hate this course coz I have to count..
YES, I hate to count very much..
I hate numbers, coz for me they are virus which always try to fail someone weak like me..
ARGHH!Damn u number..

And 3 minggu lagi genap la setahun aku jejakkan kaki kat tanah Jelapang Padi ni..
Teringat masa first time datang Kedah ni naik bas sorang2 x de hala tuju..
Sampai petang,then x taw nak daftar kemana,maklum le anak jantan,berdikari lebih skit..
Kenapa naik bas?plannya memang aku nak g sendiri,tapi yang ironinya,pakcik aku lambat hantar g stesen malam new year,lantaran itu tiket bas aku burn begitu sahaja..
Nasib baik ada Hijrah, call kata terus ke Taman Universiti..
And bermula lah aku kenal dengan setiap ahli kelas baru aku yang mostly bukan budak Pre-Law kuantan..

Dalam kelas tu, aku rasa macam janggal sikit, n bila dah janggal,sorry to say, aku memang x de niat nak bertegur sape dengan sesapa pown..
Bukan nak kata aku sombong, tapi memang aku x pernah ada kawan perempuan dalam hidup aku..
Kelas pulak 4 orang je lelaki,apa ada hal..
lama kelamaan tu aku okay la sikit..
tapi  yang x best bila Bestfriend aku sorang g Law tinggalkan aku,n 2 lagi fail to continue to sem 2..
Dalam otak aku dah berkecamuk,macam mana aku nak teruskan hidup kat sini dengan course yang sial ni tanpa 3 orang kawan penting aku??tinggal dauh sorang je..
Dah la aku x reti berkawan dengan pompuan..

lama2 masuk sem 2 aku dapat la seketul dua kawan pompuan,entah diorang ingat aku kawan diorang ke x pown aku x taw..
dan aku jugak dapat musuh perempuan,bukan sorang tapi 2 bila masuk sem 2..
kalau laki dah lama kanda tapakkan muka dinda dengan tapak kasut..
tapi x pe sabar ya..
Sem 2 still best for me rather than sem 1 because i got new friend..
A LOT OF NEW friends..
But still, I got a new problem each semester since pre-Law..hehe..


-END-

P/S : Next year ada trip kelas..agak2 bape ramai la nak join since im not make it officially..lets wait n see..

Monday, 5 December 2011

5 Disember 2011 - Malam yang Dingin...........

Assalamualaikum.....
Sejak dua menjak ni,aku jadi orang yang mudah terasa..
Baru2 ni aku ada baca blog someone......
Tiba2 hati aku terdetik.....

"Kesiannya..aku x taw pown kau ni macam ni rupanya.........."

Start dari situ aku rasa macam aku still bertuah berbanding dia......
Nampak happy selalu....
Tapi aku tau kau ada terluka.....
Walhal orang macam kau x patut dilukai sebab kau hanya layak untuk dilayan sebaik mungkin.....
Tak mengapa la,atas dasar seorang kawan.....
Aku sentiasa ada tuk tolong kau,walaupun kau x tau sebenarnya aku sentiasa ada untuk tolong kau...
Our journey here still long and i think u n ur friends will be my friends forever..
Because of that, i will try to help u as much as i can(even u dont know this entry refers to you....)


-End-


P/S - Lately i learn something..tudung x melambangkan keperibadian seseorang..ada je yang bertudung perangai teruk n keji lagi dari yang mabuk kat kelab malam..at least dia mabuk kat kelab x kacau orang,n most important, not sells her religions to cover up her stupid behaviour..just go and die..and before that, go back and pray to Allah to forgive u.. u had made dirty on my floor here n im not a forgiving type of person.. coz im not a Prophet who can forgive His followers..i prefer dirty words to describe u coz that is who i am......

Thursday, 20 October 2011

21 Oktober 2011 - Manusia Langsi

Assalamualaikum dan Selamat Pagi..
Memandangkan hari ni hari cuti,dan aku sangat relax dan bosan di Kedah yang aman makmur sentosa ni,so aku tergerak nak tulis benda yang lama aku simpan dalam hati..


"Kenapa ko tulis bold ni kay?tebal nak mampos tulisan ni,nak tulis tulisan khat ke?"


Aku tulis dalam tulisan bold untuk menunjukkan ini serius dan aku x berada dalam keadaan yang center sewaktu menaip ni..there are 3 things which I dun satisfy lately..

1. Aku diam x bermakna aku boleh tengok apa yang kau sedang buat..

Aku di hujani pelbagai pertanyaan mengenai life peribadi aku lately..aku x marah,n aku akan jawab je kalau anda2 semua bertanya atas dasar ingin tahu..sebab itu lagi baik dari anda buat judgement sendiri and menilai manusia dari satu pihak..yang aku agak rage ialah bila ada mulut2 yang x abis2 nak menjahanamkan kehidupan aku..hey U, i really want to slap u at face if i know who is the mastermind behind this.. aku x pernah belasah parents kau,aku x pernah pijak kepala siblings kau..so what ive done that makes u unsatisfied with me?cukuplah bawak mulut..elok2 aku ni boleh dibuat kawan,nnt abis semua orang yang related dengan kau jadi mangsa kekejaman aku..


2. Bila ada sekumpulan or individu poyo yang cuba memanipulasikan keadaan bagi menunjukkan dia superior..

Dulu kalau kat skool,orang panggil ni Gpang(gila pangkat) x pown capub(cari publisiti)..aku ingat kat skool je ada rupanya kat U pown ada..come on la..aku x kesah la kalau korang nak tolong dukung lecterur sampai masuk kereta kalau tu cara korang nak tarik perhatian..tapi tolong tengok waktu dan tempat,n please dun make me as a target untuk menunjukkan yang aku ni bodoh,korang pandai..aku mmg bodoh,x yah la nak gunakan aku sebagai medium perbandingan depan lecterur..korang menang,ambik3..n sorry to say,i still dun feel satisfy with somebody about the way he or she try to"tarbiah" others..aku x pakai songkok g makan,aku pown x de la g masjid tiap hari..tapi dalam agama pown ada ajar cara untuk menjaga hubungan sesama manusia,bukan hanya Allah..x ke itu menunjukkan yang kita ni kena seimbangkan kehidupan dunia dan akhirat?so please remove ur "renungan tajam" to me and put it at the dustbin coz i really dun wanna see ur eyes which is for me is really eewwww..elok2 lecturer ok dengan kitorang dah dia kata kitorang kurang ajar..mind ur own business,benci dalam hati sudey,kalau x puas hati sound 1 by 1..x perlu nak malukan orang depan satu kelas or buat orang bengang dengan diri kau..ok nachos?

3. Ada orang yang bajet kenal seseorang itu lebih daripada yang aku kenal..

Budak ni aku kenal dari dah lama,lebih lama dari ko kenal dia la senang citer..memang aku tau la perangainya macam mana..so x mustahil la aku benci kat dia..n secara x langsung ia reflex gaya aku bercakap dan bergaul dengan dia..n x mustahil kalau aku cakap yang aku memang akan tumbuk muka budak ni satu hari nanti..eh tiba2 ada lak wonderwoman yang nak uphold the justice for this kiddo coz dia ingat kami buli dia..oi3,kalau dah banyak sangat buat taik,orang pown ramai x suka,sedangkan kami yang lain bergaul baik je satu sama lain,x rasa pelik ke camne dia ni boleh tersisih dari masyarakat?lain kali tanya dulu,nape kitorang benci dia..jangan save as dalam otak anda yang kononnya kami ni jahat,keji,mungkar bla bla bla..


-GRRR-


P/S : Makin berumur manusia ni makin bangang..elok jadi budak kecik,happy and x perlu nak sibuk hal orang..





Sunday, 2 October 2011

2 Oktober 2011 - Not a Bieber Kipas-Susah-Mati,but This Songs Really Something..


Assalamualaikum!
Dah lama x post something kat ruangan ni..
Busy menguruskan anak2 BAS 2A (last sem 1A)..
Harap2 ada la yang nak ganti tempat aku..
By the way,this is the latest song that catch my ears..
YES,it is Bieber,but listen to its' lyrics then u know why it is so meaningful..
Enjoy!


P/S : Lagu tu........haish.....aku memang suka part "If u had my child".. ;>


Friday, 26 August 2011

26 Ogos 2011 - "Gereja oh Gereja..Nak Masuk Boleh?"

Assalamualaikum semua!semalam aku cuti,x berblog sebab busy berfutsal sampai ke pagi..dah lama x main,so lepas tension sikit..korang semua ada baik ka?so hari ni kita akan berdiskusi sikit pasal isu orang melayu masuk gereja yang heboh di tulis dalam kebanyakkan akhbar mahupun internet 3 Ogos baru2 ni..sebelum tu aku nak ingatkan disini,aku x nak komen mengenai tindakan JAIS menyerbu gereja sebab benda tu panjang untuk di huraikan sama ada tindakan mereka tu betul atau tidak..sebab?benda tu hanya JAIS yang tau sebab mereka bertindak mengikut maklumat dan arahan,kalau x de kentut,masakan berbau busuk kan?


"Kay,apa masalahnya pasal gereja ni,aku x berapa paham..nape kecoh sangat jadinya?ee,kafir tol!"


First,kita x berhak nak mengkafirkan seseorang itu melainkan beliau sudah terang2 mengaku dirinya kafir,tapi kita juga di suruh dalam Islam supaya mencegah kemungkaran(kafir,rogol,etc.) dengan 3 cara,paling lemah benci dengan hati,kedua menegur dengan lisan dan akhir sekali menegur dengan tindakan atau perbuatan..dan tindakan JAIS tu sebenarnya bukan "SERBUAN" seperti yang di gembar-gemburkan oleh pihak media kebanyakkan sebaliknya ia adalah "PEMERIKSAAN" untuk melihat sama ada terdapat orang Islam yang menghadiri majlis itu..


"Majlis apa yang jadi 3 Ogos baru2 ni sampai JAIS buat pemeriksaan?"


Okay,pada tarikh tersebut,Majlis Thanksgiving Dinner telah diadakan,kononnya sebagai majlis berbuka puasa..namun begitu JAIS mengesyaki bahawa terdapat unsur2 untuk meraikan murtadnya umat Islam dalam majlis Thanksgiving tadi..macam yang aku cakap tadi,aku x berani nak cakap sama ada tindakan JAIS tu betul atau x..dari segi agama,memang JAIS sebenarnya agak keterlaluan sampai memeriksa tong sampah untuk mencari bahan bukti(tp logik la,kalau nak cari bukti kan?) sedangkan dalam agama pown ada menyebut tentang kita x dibenarkan menceroboh rumah ibadat agama lain..tapi,x kan kita nak biarkan sahaja saudara seIslam kita murtad?eh banyak sangat pro n cons nya mengenai tindakan JAIS ni,tp aku x nak ulas dalam ni,so sesiapa yang nak berdiskusi dengan aku,pm aku di FB atau jumpa depan2 then discuss..cuma sekarang aku nak tunjukkan perkara2 yang jadi dalam majlis 3 Ogos yang lalu dan mana silapnya sehingga ada yang menerima bantuan dari orang Kristian tanpa mengetahui niat perbuatan mereka sama ada untuk memesongkan kita atau tidak..


Aku ni makin malas agaknya,ahaha,untuk mengetahui apa yang jadi masa malam dinner tu,korang boleh baca dan klik disini..ramai orang yang mengecam tindakan JAIS menceroboh masuk gereja sebab ianya bercanggah dengan Islam yang menegaskan supaya tidak menzalimi agama lain dan rumah ibadatnya..ada jugak yang menyokong tindakan JAIS sekuat2nya dengan menyatakan mereka ini kafir la,apa la..aiyoo,dey macha,lu ahli menteri siap pakai songkok lagi dengan mudah nak mengkafirkan orang,x boleh itu macam..kaji,then kalau masih mampu,didik la kembali ke jalan Islam,bukan dengan mengkafirkan orang..ko menteri gaji beribu2,apa la salahnya buat majlis agama or malam berbuka puasa dengan rakyat,sikit sebanyak leh jugak bantu umat Islam supaya diorang x cari alternatif lain seperti pergi ke majlis dinner anjuran gereja,tokong,candi or whatsoever..


Ada 2 perkara yang menarik perhatian aku dalam isu gereja ni..


1. Bantuan yang diberikan oleh pihak gereja dalam majlis tersebut.

Seperti yang kita sedia maklum,Kristian sekarang ni sedang giat nak menjalankan aktiviti dakwahnya sebab sekarang,agama mereka semakin tidak diterima masyarakat kulit putih yang kebanyakkan nya mula memilih untuk menganuti agama atheis(atheis ni agama ke?agama ke?)..so dengan itu,mereka pown giatlah beribadah dan berdakwah dengan cara diorang supaya dapat menarik ramai lagi ahli..yang menjadi target diorang ni ialah golongan susah or x berkemampuan..melalui bantuan2 yang diorang bagi,diorang akan secara perlahan mengconvertkan si penerima tadi ke agama mereka..aku x kata salah untuk kita terima bantuan diorang,tapi kalau dah sampai kena masuk gereja then siap nak tipu JAIS yang x de orang Islam dalam majlis tu nape?kalau x buat salah x perlu takut..ye dak?tapi komen Wardina Saffiyah pown ada benarnya,rapuh sangat ke iman kita sampai masuk gereja je terus nak tukar agama?BETUL..kalau korang just lahir dalam Islam,dan x ikut Islam dan ajarannya maybe la rapuh kepercayaan kita..so still,ada pro dan cons dalam isu ni..still,x sure komen mana yang betul(berkata x tahu lebih baik dari berlagak tahu)=>..


2. Isu yang sebegini dikaitkan dengan politik..

Well,sudah lumrah negara kita sekarang..even kalau jalan rosak.or bangunan x bercat pown,ahli politik yang akan kena..nak aku ingatkan sesuatu disini,aku paling x suka bila orang cakap "Ko kena terima kasih kat kerajaan,sebab kalau x de diorang,ko x kan dapat sekolah x kan dapat bla..bla.bla.."..What the.....eh itu tanggungjawab dia la nak sediakan sume tu..kita pilih dia supaya tadbir negara,so buat la kerja..terima kasih??even kalau PERKASA pegang Malaysia pown,diorang still kena penuhi tanggungjawab,x perlu terima kasih..so x salah kalau seorang rakyat seperti aku mengkiritik tindakan x betul mana2 pihak,even Pakatan Rakyat sekalipown..anda kenal YB Kulim?ala yang selalu kuar tv dengan komen pedas tu..dalam isu ni,dia cuba nak yakinkan orang bahawa ada sesetengah pihak gembira apabila ramai melayu masuk kristian..apa dia dapat dengan berbuat macam tu?selesai ke isu ni?orang makin jelas ke dengan isu ni?orang akan tahu ke apa punca masalah isu ni?NO..sebaliknya orang akan mula mengkafirkan pihak yang gembira ni tadi..dah jadi isu mengkafirkan orang lagi..sape pihak yang gembira tu??(YB Zul ni dia keluar dari Pakatan,so korang pikirlah sape pihak yang gembira)..aku x kata PKR tu bagus tapi apa faedahnya kepada masyarakat dengan memburukkan lagi keadaan?aku bukan pro-Pakatan,tapi aku prefer PAS..so aku agak kagum dengan usaha Tuan Guru Haji Hadi Awang yang cuba nak selesaikan isu dengan x komen apa2 pada media dan cuba melakukan pertemuan antara kedua2 pihak yakni gereja dan JAIS bagi menyelesaikan isu..so,macam aku cakap,kalau x tau apa2 lebih baik diam..


Kesimpulannya?masyarakat hari ni memang sangat mudah terpengaruh..dan x mustahil aku katakan masyarakat Melayu khususnya paling mudah tepengaruh..contoh?kalau sekarang musim ni fesyen baju berkemban,semua nak berkemban kalau boleh,kalau sekarang musim K-POP,semua nak K-POP,cadar tilam,gambar lappy,poster,eh sume lah...tapi bangsa Melayu ni la yang paling aku sayang..kenapa?sebab ikut mana pun,kta tetap akan rasa nak ubah taraf hidup Melayu dengan pelbagai cara..nak bagi ceramah,tulis blog,even time sekolah dulu,aku ada pergi ke sekolah2 lain tuk bantu pelajar bermasalah yang rata2nya bangsa Melayu..sama2 la kita nasihat-menasihati sesama Melayu dan Islam..I Love MALAYS!

-WASSALAM-


P/S : Perdana Menteri kita ada pergi ke Vatican City yang meme terkenal dengan Kristianitinya dan melawat Pope disana,x jadi isu pown..so,as long as our intentions are clear and not to be questioned by others,x jadi isu pown,ni yang sampai nak lari ikut pintu belakang la,nak sorok kononnya x de Islam dalam gereja tu kenapa..kata x de peruntukan undang2,nape nak takut..kan3?

Wednesday, 24 August 2011

24 Ogos 2011 - Merokok? Ya,MEROKOK dan Kebaikkannya!



"Eh bosan la hisap sebatang,alang2 nak mati,isap la sedozen"kata Rodovich(bukan nama sebenar)..


Assalamualaikum semua!anda sihat?anda dah berbuka?or dah ready nak sahur?lek lu,baru pukul 10 lebih ni..Okay semua,hari ni,kita nak sembang2 sikit pasal rokok ni..aku pernah buat assignment masa asasi dulu dengan tajuk "Advantages and Disadvantages of Smoking"(kalau x salah aku) and dapat kritikan hebat pasal "Advantage" tu dari lecturer aku yang sangat mengamalkan gaya hidup sihat seperti minx kopi kat student,makan mcd hari2 dan sebagainya..kalau korang nak cari keburukkan merokok,aku x yah la nak tulis pasal keburukan,sebab dah banyak sangat ahli bijak pandai or individu yang x merokok tulis pasal keburukkannya..tp diorang tulis tanpa tahu perasaan or isi hati seorang perokok..


"Betul tu kay,diorang ingat kita ni nak sangat ke isap rokok.."


"KITA"?ahaha,ko x nak isap tu masalah ko..tp aku memang suka isap rokok..even masa tulis ni pown aku tengah isap rokok..sebab?x de kajian yang menunjukkan benda ni,tapi pada aku,lepas isap rokok korang rasa macam tenang,otak pown x serabut..hati pown happy..sebab tu korang merokok,kan3?aku mula merokok umur 18 tahun(dengar cakap kerajaan,18 tahun kebawah x leh beli)..dan sejak hari tu aku terus bersungguh2 isap rokok,tp x de la sebab nak menunjuk ke apa..masa tu aku isap sebab otak stress sangat..kadang2 menyesal jugak..huhu..tp nak buat macam mana,terlajak perahu boleh di undur,terlajak merokok susah nak undur balik..


"Makwe aku,parents aku suruh aku berenti isap rokok,aku boleh je kalau parents aku suruh,tp susah la kay,hidup sunyi tanpa rokok.."


Sape nak anak diorang merokok,ye dak?sape nak pakwe dia merokok,ye dak?and SAPE NAK MAKWE DIA MEROKOK SEDANGKAN PAKWE X MEROKOK,ye dak?ahaha..macam yang aku perhatikan kat Jengka ni,budak sekolah rendah pown ada yang dah pandai isap rokok,siap buat "O" la,anak panah la,padahal aku pown x reti..diorang ni jadi macam ni sebab banyak faktor,salah satu faktor utama yang aku nampak kat Jengka ni,diorang ni kebanyakkannya duduk ngan Atuk or Nenek diorang,mak ayah sibuk kerja kat KL,Atuk dengan Nenek dah tu,x kan la Atuk dengan Nenek nak kejar sampai dalam ladang nak tengok cucunya buat apa..diorang dah tua,dah x larat..so diorang pown biar kan je..



"Sape berani sound aku?nampak kaki aku?kalau x nak kaki ni naik kemuka baik diam and tengok je aku merokok.."


"So apa kebaikan merokok ni kay?"


Dari segi kebaikan,ADA,tp pada perokok je la kebaikkannya sebab perokok je yang tau..tapi,ingat,merokok memang antara punca kematian utama seluruh dunia,di Australia,kerajaan diorang lagi hardcore,kalau boleh,kat kotak rokok tu diorang nak buat karangan pasal rokok,supaya rakyat sedar keburukan merokok..merokok jugak membahayakan kesihatan orang lain,so x payah la nak berhembus2 depan awek or siblings korang..sebab kondisi "2nd hand smoker" ni lagi bahaya berbanding kita yang menghisap,sebab diorang hisap asap tu secara terus tanpa filter macam yang kita panggil puntung tu..ME?jenis aku,aku x suka hisap depan orang melainkan keadaan terdesak,contohnya kalau naik bas 10 jam,berenti R&R,memang aku x peduli dah sape sekeliling aku,kalau Najib or Ibrahim ali lalu tepi pown aku hembus selamba je..tapi kalau dalam keadaan yang rileks,macam kat kedai makan,aku x mesti hembus asap tu ke bawah or ke atas,supaya aku nampak asap tu x terus masuk muka awek2 cun yang makan meja depan or belakang aku..


1.Merokok menjana pendapatan Negara..

Ahahaha,bunyi macam kelakar kan?tapi ni la hakikatnya..saban tahun kerajaan dapat berjuta2 Ringgit melalui cukai rokok..kalau x percaya korang boleh surf internet(aku x ingat mana aku amik article dulu)..kononnya kerajaan nak kurangkan bilangan perokok dengan cara naikkan harga rokok and jual rokok kotak 20(dulu ada dunhill 7)..untuk pengetahuan korang,rokok ni macam gula taw,dia merosakkan badan,tapi orang tetap nak ambil juga..atas keadaan macam ni la kerajaan take advantage dengan naikkan harga rokok..kenapa dah x de rokok kotak 14 or 7?sebab,dulu,kotak 14 ni rasa dia sedap,padat berbanding kotak 20..so kotak 20 ni orang jarang beli..dah la rasa x sedap,mahal lak tu..bila kerajaan hapuskan kotak 14 and 7,nak x nak orang kena beli yang 20..see?our government is GENIUS..


2.Merokok Membantu Pelajaran dan Kerjaya

Ahahaha,yang ni pown,antara punca mengapa rokok banyak dihisap di IPT..kalau korang x caya cuba try tanya student yang hisap rokok ni hisap rokok.and mengapa jugak ramai orang dewasa especially yang bekerja disektor berat ramai yang smoker..kata diorang yang student ni,merokok ni hilangkan mengantuk,buat otak segar time study..aku ada sorang kawan berat badan 130-140kg yang aku panggil Heavy Smoker..masa kat U dulu,dia ni boleh habiskan sekotak Pall Mall hitam yang jumlah nya 25 batang dalam tempoh antara pukul 12pagi-6 pagi..bila aku tanya nape hisap banyak,mengantuk katanya..mmg betul ,lepas hisap tu dia segar semula..tapi kesannya?time dia tidor aku rasa nak pijak je perut labu dia tu sebab dia tidor macam orang tengah nazak,sesak nafas tiba2 menggelupur..tapi aku dah biasa so aku x rasa la dia nak mati time tuu..ahaha..and ramai golongan peneroka even pekerja am U pown hisap rokok..kalau peneroka tu maybe sebab kerja yang dia buat tu kerja berat,so memang dia perlukan rokok untuk merangsang dia buat kerja..yang pekerja am U ni,aku x faham,ko tu adult,tiba2 jumpa isap rokok dalam tandas student..x leh ke isap kat luar U?nnt apa2hal student gak yang kena..


"Aaaaa..ikut idung..aaaaa..ikut mulut..meh la main daun terup,sambil isap main terup baru syoookkk"


3. Merokok Membantu Industri Perfileman Negara.

HAHA,yang ni x dinafikan la..kalau kita tengok sekarang ni,pengarah banyak buat filem aksi macam Kongsi or KL Gangster..diorang x de idea lain macam mana nak buat orang tu bertambah tahap ganas nya,so diorang suruh la pelakon ni isap rokok..even Adi Putra,kalau korang perasan dalam citer KL Gangster tu,x de sekali pown dia cucuh rokok tu..aku nak terkencing tengok aksi dia ludah rokok x bernyala tu kat muka seorang tua.."ORANG TUA!BALIK!!"..hasilnya?filem tu meletup sebab di mata orang,citer tu ganas,and ramai la benih2 muda ni start hisap rokok gaya Adi Putra tadi,x nyala pown x pe,janji ada rokok kat mulut..ahahaha..x percaya rokok ni bantu Filem tu meletup?cuba tengok citer Sekali Lagi,or Senario the Lifeguard..ada adegan merokok?meletup x kutipannya macam citer KL GAngster?ahaha(just a useless point,but it affect the society by tiru gaya dalam filem dengan merokok)


Kesimpulannya,merokok ni memang membahayakan kesihatan dan telah dibuktikan oleh para Saintis,even ada sesetengah jenis rokok tu ada Gelatin Babi kat puntungnya(aku x sure rokok apa,tapi rokok tu memang ada kat luar negara)..kerajaan sepatutnya,kalau nak berhentikan golongan penghisap rokok ni,haramkan terus penjualan dia,and teruskan mengawal perairan negara yang jadi tempat laluan saudagar rokok indion  seludup rokok kretek yang memang sedia maklum ada ganja dalamnya..bukan dengan mengaut keuntungan by menaikkan harga rokok..bagi yang baru nak merokok or hisap rokok just tu menambahkan aura kelakian,baik berenti sebelum korang jadi perokok sepenuh masa macam aku..bagi yang mana merokok tu,biar ada adab merokok,hisap la kat tempat yang x ramai baby or orang tua,hisap la kat dalam bilik korang sendiri,and jangan la hembus kat muka awek or pakwe korang,kang diorang addicted,panjang pulak ceritanya..


-LOL-


P/S :Try la tanam azam macam aku,bila isteri aku mengandung je nanti aku akan stop merokok,at least ada niat and azam supaya anak aku x terlibat dengan asap rokok..selagi bujang and bernyawa ni,enjoy la dulu..ahaha


Tuesday, 23 August 2011

24 Ogos 2011 - Ini Bukan Iklan Kanak-kanak Hilang....


"Just For Entertainment"


Assalamualaikum..
Kata orang masa tu bergerak..
Kata orang,masa tu merubah segalanya..
Tapi alangkah bagusnya masa tu bergerak sedangkan wajah kita x luput di telan usia..


"Ko comel la Kay,betul,ko comel!"


Kadang2 dengar orang cakap macam ni,aku rasa kesian,sebab mata diorang ni rabun..
Dengan rupa bermisah,dahi berparut,kulit warna macam kulit Ajay Devgan korang kata comel..
Mana la mata korang semua letak agaknya,celah ketiak mungkin..
Kay yang comel dah lama x de,kulitnya di telan panas terik Sang Matahari dan dahinya dimamah Jalan2 kampung(dahi aku banyak parut jatuh basikal tahap ekstream..)


INILAH YANG DIKATAKAN COMEL..=>



-LOL-


P/S :Gambar aku time kecik banyak ilang,so aku x leh la nak kenang semua sejarah hidup aku sebagai manusia..isk...


Monday, 22 August 2011

23 Ogos 2011 - "Nibiru Bakal Tiba 21 Dis 2012,Manusia Semua Maut"


"Nibiru"


Tajuk tu saja kasi panas,didikan Harian Metro yang lagi seronok dibaca dari Utusan Malaysia,well,u know why i hate Utusan..


Assalamualaikum semua!kepada yang terus membaca,alhamdulillah,usaha aku berbaloi jugak nak menyampaikan ilmu yang aku dapat..sehari dua ni aku nik pening dengan membaca berlambak fakta,paling pening baca bahasa Indon,banyak sangat dialek nya..baca BI lagi senang..tp x pe la,nak ilmu,usaha lebih sikit..okay,as I promised,i will tell u the facts about Nibiru..but first,take note,what i write here is by reading,not by dreaming nor jogging..so,nak kata fakta pown,aku sendiri pown x boleh nak pastikan yang Nibiru ni fakta atau x,tp x pe..aku akan citer pasal Nibiru first then aku akan terangkan pandangan aku mengenai kewujudan Nibiru ni..


1. Apa sebenarnya Nibiru ini?


actually,what is Nibiru?Nibiru ni kalau nak di tanya maksudnya bermaksud bersilang ataupun titik persilangan (seperti dalam bahasa Akkadian)..Nibiru pada satu kumpulan menganggap ianya hanya lah satu dongeng yang direka oleh pihak yang menganggap ianya sebuah Planet kerana terlalu mempercayai kalendar kaum Maya(kaum Maya ni antara kaum terhebat yang pernah wujud pada satu ketika dulu KONONNYA)..manakala bagi pihak yang percaya Nibiru ini wujud,diorang anggap NASA hanya menyembunyikan kebenaran kerana x nak dunia ni chaos x tentu pasal..


"Apa kaitan kiamat dengan planet Nibiru ni Kay?aku still x faham..Nibiru ni planet X yang kita dengar masa darjah 6 dulu ke?"


First,pada pendapat aku,Nibiru ni  x de kaitan dengan kiamat ..sebab?nnt aku terang kan kenapa pada aku Nibiru ni x wujud or x akan mendatangkan kiamat..ya,Nibiru ni jugak dipanggil planet oleh Nancy Lieder,minah psyko yang sangat la merepek lagi bebal pada aku(muka dia pown dah macam hape tah..)..and kalau nak tau kenapa orang kata kiamat 21 12 2012,sebab diorang percaya planet ni akan melanggar Bumi sampei la Bumi jadi macam cebisan kertas ataupun bergesel dengan Bumi menyebabkan graviti Bumi terganggu lalu menyebabkan Doomsday..kalau time sekolah mesti kita ingat lg,orbit setiap planet ialah bersusun satu sama lain dan teratur..tapi planet X ataupown Nibiru ni pelik sikit sebab diorang gambarkan orbit Nibiru ni seperti gambar dibawah yang menunjukkan satu hari nanti dia akan berlanggar atau lalu hampir dengan Bumi..


Perhatikan orbit melingkar dia,ada kemungkinan kalau ianya wujud,ia akan melanggar atau melalui Bumi..


2.Siapa dia Nancy Lieder,Kaum Maya(Mesoamerican) dan Zecharia Sitchin?


Okay,first,Kaum Maya or Mesoamerican ni ialah bangsa tamadun Kuno yang sangat maju peradabannya pada waktu tu(so jangan tanya soalan bangang seperti masa tu filem apa best?or tanya diorang g sekolah naik kete ke motor sebab maju diorang x sama dengan kita sekarang..)..bangsa ni la yang cipta kalendar Maya yang buatkan Zecharia Sitchin ni kuarkan fakta pasal kiamat kononnya 2012(entah2 dia buat2 pandai baca bahasa Maya kuno,then dia predict sendiri,who knows?)..bagi mereka yang percaya pada kalendar Maya kuno ni,diorang percaya sebab ada beberapa tilikan or prediction diorang sejak 30xx tahun dulu tu betul(walaupun aku x jumpa apa diorang predict)..

Okay,done with Maya kuno,move on to Zecharia Sitchin..dia ni penulis terkenal sebab membangkitkan isu tarikh kiamat dan dan menjangkakan kewujudan planet Nibiru ni dalam bukunya yang berjudul Bacalah Sayang,eh silap,The 12th Planet..dia ni beranggapan bahawa Nibiru ni ialah sebuah planet yang didiami sekumpulan tuhan yang digelar Annunaki,yang konon nya akan singgah datang untuk membawa kehancuran pada Bumi pada tarik 21 12 2011(mamat Zecharia ni pernah jugak cakap Annunaki ni datang awal sket naik kapal angkasa,LOL)x percaya klik link tu..and untuk pengetahuan anda,Annunaki ni ialah tuhan2 orang2 zaman Mesoamerica ataupun bahasa Melayunya kaum Maya tadi..

Ha,yang last sekali,Nancy Lieder..dalam banyak2 orang yang predict tarikh kiamat ataupown kewujudan planet X ataupun Nibiru ni,dia ni paling lapsap ataupun orang cina kata jibai(cibai melayu cakap)..kenapa?sebab teori dia dan cara dia sebar teory tu sangat lah Doraemon nya..Doraemon pada aku sebab teori dia tu jenis syok sendiri..Nancy Lieder ni mengaku kononnya otak dia telah di implan dengan bahan daripada sekumpulan Alien yang bergelar Zeta..kononnya Zeta ni boleh bagitau banyak benda tentang masa depan dan Nancy Lieder ni la yang jadi "mesin faks" antara Alien Zeta dengan orang2 yang sebulu dengan Nancy tadi..dia ada bukak ZetaTalk website,dan di situ la dia berbincang dan berdakwah dengan dakyah palsu utusan Alien Zeta tadi..(aku nak terkencing bila baca conversation dia dengan Sci.Astro,kalau korang nak baca,klik sini)..

Ramai lagi manusia yang mengaku dia la Jesus  Timur la,apa la,dah cuba nak predict tarikh kiamat ni,Moses David la,Ed Dames la,Hon-Ming Chen la..kalau korang nak review satu2 klik sini..aku malas nak terang sume,sebab x bape penting and x berkait dengan Nibiru..


3. Pendapat aku yang naik berair mata membaca..


For me,this prediction are invalid..kenapa?let me view it in point..

-Benda yang diterangkan dalam prediction Kaum Maya kuno tu tentang 2012 ialah "End Of Times"..eh banyak sangat la yang boleh dipikir maksudnya selain dari Hari Kiamat,boleh jadi kita akan bertembung dengan peradaban lain yang bawak kita ke satu peradaban baru,boleh jadi jugak..boleh jadi end of time tu maksudnya end of time for people live in the darkness(kekufuran)..leh jugak jadi end of times tu bermaksud tamatlah pengeluaran Majalah Times,Kumpulan The Times berpecah atau suratkhabar News Straits Time(LOL) sebab ia x jelas apa yang dimaksudkan "End Of Times"..so x payah la nak percaya sangat sampai nak sebar satu FB..

-Macam yang aku cakap,kaum Maya Kuno ni menganggap Nibiru or Planet X ni sebagai tempat kediaman tuhan,Annunaki yang mana diketuai oleh Great Anu and seterusnya di turunkan takhtanya kepada Enlil(What?tuhan turun takhta?WHAT?)..easy question,nobody know where is our God..tapi kita tahu Allah tu wujud dengan bukti2 yang difirmankan Allah dalam Al-Quran..Allah juga Maha Esa yakni satu..yang Annunaki ni banyak keluarganya,macam aku cakap kat atas,"SEKUMPULAN tuhan"..so?nak percaya,aku tegaskan x payah..Allah Maha Esa,pahatkan diminda anda,x perlu nak jadi mangsa tipu daya manusia bebal macam Sitchin ataupun si bedebah Nancy tadi..

-Again as like what I said above,Kaum Maya ni memang la urban,tapi urbannya pada zaman SM(SebelumMasihi,bukan Sm Salim) dengan Masihi lain nak oii..diorang maybe ada astrologi yang hebat,tapi kita kena ingat,masa berjalan dan membawa perubahan dari segi teknoligi..so korang bayangkan,kalau zaman dulu boleh nampak Planet yang kita sampai sekarang x nampak2(seperti yang ditegaskan NASA,ia x wujud),x kan la kita x boleh nampak sedangkan kita mampu mencerap galaksi BimaSakti la,bla..bla..so pada aku,ia still baseless dan fragile..ahaha..

-Ada pihak yang menyatakan bahawa imej Planet Nibiru yang diambil oleh teleskop tu ialah hasil daripada pantulan dalaman di dalam lens,or bahasa photography nya ialah Lens Flare..situasi ni sering terjadi sama macam kelibat2 UFO yang dirakam oleh kamera..hal ni dah di terangkan dan dibuktikan oleh David Morrison,saintis senior NASA(kalau korang x percaya,bacalah artikel dia yang panjang berjela tu..)

-Last sekali,aku x percaya pasal Nibiru ni sebab ianya ramalan,and sebagai umat Islam,kita x boleh mempercayai ramalan..kalau korang boleh,bagi aku satu bukti kukuh dimana,kenapa,dan bahan2 yang menunjukkan Planet Nibiru ni wujud..setakat yang aku baca 2 hari ni,x de pown yang meyakinkan aku..kalau korang nak bukti kiamat akan tiba dan keadaan kiamat aku boleh bagi,baca terjemahan surah al-Qariah,al-Zalzalah,al-Infiitar,dengan surah At-Takwiir..ayat2 tu menceritakan keadaan kiamat(x main la macam 2012 ngeri dia,yang ni tahap ngeri dia,korang x boleh bayangkan..)


Kesimpulannya,benda ni agak bahaya tuk dibincangkan sebab x de benda yang sahih,kalau nak kata Nibiru ni x wujud,ada je bukti dari NASA(masalahnya,telus ke NASA tu)..and nak kata wujud,maknanya kita setuju la dengan kalendar kaum Maya tadi,dan kewujudan Anunnaki tadi..so,kalau korang nak jawapan bila kiamat,x de jawapan tepat..hanya Allah yang dapat terangkan bila datangnya kiamat..and kalau korang x percaya,bacalah surah al-Araf ayat 187..


-Wassalam-

P/S : When u read,it is a serious matter..1 daripada blog yang aku baca,kawannya dah mempercayai bahawa tuhan tu wujud di Planet Nibiru ni seperti yang di tulis dalam kalendar kaum Maya Kuno..Subhannallah..ini la sebab nya aku menulis pasal ni,supaya korang dapat lihat apa yang diterapkan Islam itu berbeza dari scholar seperti Sitchin..kurangnya membaca,kurangnya mengkaji,kurangnya akal,kurangnya ilmu yang membuatkan seseorang itu merubah kepercayaannya seperti sahabat blogger yang aku baca semalam..and aku,sebolehnya nak korang tau benda ni,sebarkanlah..walaupun penulisan aku ni hanyalah nukilan budak kecik ataupun setahun jagung,apa yang aku tulis tu benar,korang cari la setiap ayat al Quran yang aku bagi tu,mmg ada kaitannya,korang carilah pasal Sitchin,cari lah pasal Nancy kalau korang x percaya,carilah,and kalau ada yang x betul,bagitau aku supaya kita boleh sama2 berkongsi..sebarkanlah,x perlu cakap aku yang tulis pown x pe..janji biar ada orang yang tahu..supaya diorang x jahil dan menerima bulat2 seperti sahabat blogger yang aku baca blog nya semalam..



23 Ogos 2011 - Sape pernah cium Kelentit Kering?Angkat tangan macam saya..=>

Assalamualaikum!
Just sebagai selingan dan hiburan minda bagi mereka yang kotor mindanya..
Sape pernah cium Kelentit Kering?


"Lucah la ko,bulan pose x baik la macam ni,mana akidah ko Kay?"


Eh bingai,Kelentit Kering tu bukan lucah la,x pernah cium cakap je la..



Ha,ni nama saintifik dia!!aku x LUCAH!!


Ni rupa dia!!ha..aku x tipu la woii!!


-LOL-

P/S: Mentang2 la aku ni nakal,jahat,dan x berapa nak baik..suka tau tuduh aku..(menangis kehibaan)..=>

22 Ogos 2011 - Al-Quran itu adalah satu Kebenaran....

Assalamualaikum semua!seperti yang dijanjikan,hari ni aku akan post entry mengenai perihal Islam dah lebih kearah kiamat..entry ni x berapa panjang sebab aku masih dalam proses mengkaji mengenai hal-hal,ataupun tanda2 hari kiamat..tapi aku tertarik dengan komen seorang perempuan di sebuah ruangan di internet..


"Kita x dibenarkan untuk mengetahui perkara2 yang belum terjadi lagi..cuba awak bayangkan kalau la semua orang tahu bila waktu ajalnya.."kata perempuan tadi..


Untuk pengetahuan kita semua,Allah telah berfirman dalam Surah Al-Alaq (korang baca la,terjemahan Melayu tu) dengan menyuruh Nabi Muhammad membaca..perhatikan terjemahan untuk ayat ke 5-7 surah itu..Allah dah ingatkan hamba-Nya supaya baca Al-Quran,supaya kita tahu apa benda yang kita tidak mengetahui..dan ayat ke 6 dan 7 tu dah tulis,sesungguhnya jenis manusia itu yang rasa dah cukup bagus,ataupun apa sekalipun dalam konteks kehidupan adalah orang yang melampaui batas..maksud kat sini yang aku faham,ialah contohnya macam Ayah Pain(macam naruto lak)..kenapa dia ni di golongkan dalam golongan yang melampaui batas?sebab dia ada ilmu,salah guna ilmu dan dia berlagak dengan ilmu tu,dan dia rasa dia layak jadi seorang Tuhan mahupun Nabi..tapi bagi kes perempuan di atas ni,dia tulis ayat ni pada satu artikel yang menulis pasal tanda2 kiamat yang dah nampak..dan seperti yang kita sedia maklum,tanda kiamat ni banyak dan di bahagikan pada 3..


1. Perkara yang sudah terjadi seperti terbelahnya bulan purnama(try cari terjemahan Surah al-Qamar ayat 1)
2, Perkara yang sedang terjadi,contohnya Penaklukan Baitul Maqdis(sekarang ni Zionis boleh dikatakan menguasai 85%)
3. Perkara yang belum terjadi,contohnya Turunnya Nabi Isa ke muka bumi untuk menghapuskan Dajjal..


X salah sebenarnya kalau kita guna mata kita tuk perhatikan tanda-tanda kiamat,yang salahnya bila kita kata 2012 kiamat,21 Mei 2011 kiamat dan tarikh2 lain..sebab?tarikh exact tu,macam yang aku cakap sebelum ni,even Nabi Muhammad S.A.W bagi tanda2 kiamat,bukan tarikh2 kiamat..so dari mana la korang dapat idea yang kiamat ni 2012 la,bla,bla,bla..just follow the hint given by Allah and Nabi Muhammad,soon we will meet Hari Kiamat..untuk perempuan di atas tadi,abis kalau kita x dibenarkan untuk tahu perkara yang belum terjadi,kenapa Allah berfirman dalam Surah al-Alaq untuk hamba-Nya membaca?kenapa ada tanda2 kiamat macam yang terdapat dalam Surah al-Qamar ayat 1 tadi?sedangkan kiamat belum berlaku?so,kita just belajar,dan perhatikan tanda2 kiamat dengan apa yang berlaku di sekitar sekarang supaya kita TAHU,kiamat tu dah x lama dah dan dapat kita berkongsi dengan mereka yang x tahu apa yang yang dikatakan tanda kiamat sedang berlaku..

Aku x tulis panjang hari ni,sebab aku masih membaca pasal kiamat ni,so esok,aku akan terangkan pada para pembaca mengenai kesahihan kiamat 2012,dari mananya datang andaian kiamat 2012,and apakah itu sebenarnya Planet Nibiru yang dikatakan akan mendatangkan kiamat pada 21/12/2012(ni la yang orang sibuk dok kata tarikh kiamat,aduhaiii)..

so,the end of the story,we must have faith about End of The World(kiamat) sebab dalam rukun iman pown ada "Beriman kepada HAri Kiamat",bukan nya "Tiliklah tarikh Hari Kiamat" ataupun "Beriman lah kepada hari 21/12/2012"..banyakkan ibadat,dan risaulah kita pada hari kiamat sebab amalan kita sentiasa tidak mencukupi,bukan risau sebab hari kiamat kita akan berpisah dengan Cayunk or whatsoever..


-Wassalam-


P/S : Agak2 korang la kan,ada x orang yang dah bersedia nak menghadap Allah sekarang?i mean dia rasa dia dah cukup beramal dan beribadat?ada ke?ada ke SEKARANG?kalau ada bagitau..nak gak kenal..=>






Sunday, 21 August 2011

21 Ogos 2011 - "Eh,Encemnya Mat Rempit Tu! AUuuuuu"

AMARAN!-Im not Gay,and that title above said by a women,not me..


"Aku bengang betul sape yang reka motor dua tayar,macam ni baru syiookk!"kata gambar diatas..


Assalamualaikum semua,anda semua ada baik ka?aku doakan anda semua sentiasa in good shape(i mean sehat,bukan tough,so yang gemuk jangan terasa)..sepatutnya kan,hari ni aku post pasal "Awek Melayu"..tp lepas didesak mamat tanpa nama ni,aku pown postkan la entry tu awal sehari..btw,sebelum aku citer kisah2 mat rempit ni melalui pengalaman hidup dan pemerhatian aku sebagai Belia 4B Jengka ni,aku nak cakap sesuatu..jangan risau mengenai apa yang korang baca kat blog aku ni,sebab aku x kan menokok tambah cerita,bahkan aku kurangkan sikit ceritanya sebab aku pown x faham sangat ayat indon n inggeris sebab niat aku nak berkongsi pandangan(entry pasal Ibnu Soyyad tu kebanyakkan nya dari buku hadis2 yang berbahasa indon dan inggeris)..so,no worries okay?i will not be Ayah Pin or Pope Benedict here..


Aku tulis pasal Mat Rempit ni sebab dah lama aku nak tulis and komen pasal aktiviti persatuan berhaluan kiri ni..and aku nak rileks sikit sebab aku x nak korang bosan baca fakta berjela memanjang macam kisah Ibnu Soyyad tu..so hari ni layan dulu situasi2 yang berlaku dalam diri manusia bergelar mat rempit masakini..yang dialog tu aku reka taw,tapi memang situasi tu berlaku,cuma aku x de rakaman piring hitam nak membuktikan diorang cakap macam tu,so aku rasa itu diorang pikir..untuk menambah keseronokan membaca dan penghayatan,aku terjemahkan aktiviti mat rempit dalam bentuk dialog dan penceritaan..Insyaallah kalau broadband adik aku ni x kena BAR lagi aku akan update pasal fun facts or Islamic materials lak esok..ahaha..


Mat Rempit,sebenarnya kan,korang tau x apa definisi mat rempit ni?sebenarnya mat rempit ni feymes gile kot,sampai definisi dia masuk dekat line wikipedia..x caya?buktinya klik sini (mesti baca dan cuba jangan gelak kalau anda mampu!)..sumpah definisinya sangat kelakar,dalam bahasa inggeris lak tu,x ke malu nama MELAYU..satu dunia boleh faham mat rempit tu apa..tapi uncylopedia ni free website,so sesapa je boleh tulis,maybe yang tulis tu pown melayu..dah kena dah MELAYU jaja nama rempit MELAYU as an retard malay who riding bike..aku pown menunggang motor,motor lah segalanya untuk aku,aku sayang motor aku,aku cinta motor aku,aku benci kereta(sebab aku x de lesen,x berani nak test bawak kete manual)..


pada aku kan,walaupun aku benci mat rempit,tapi diorang ni sebenarnya ada kemahiran yang lebih dari kita..tapi kemahiran yang salah lahkan,for sure sebab diorang rasa diorang bergaya ranggi dengan gaya2 penunggangan yang salah..korang bayangkan,motor tu gunanya untuk diduduki dan pegang kedua-dua handlenya.


"Ek eleh lu mat,bawak motor macam bapok,lu tengok gua,siap boleh baring atas motor sambil kopek kuaci sekali"kata seorang mat rempit dari KL..


Oh terkedu aku melihat kebebalanmu Mat Rempit,nak makan kuaci,pe la salahnya duduk atas lantai sambil tengok citer Al-Kulliyah..kan lebih bermakna hidupmu..nak baring?selesa ke motor tu nak jadi tempat baring?aku takut tengah syok2 baring,tiba2 korang terbaring kat Klinik Desa Kampung Bak-Bak,atau pun lebih best,dalam liang lahad..motor jugak di ciptakan dengan dua buah roda supaya memudah kan kita untuk mengimbangi badan ke kiri dan kanan,bukan belakang dan depan..bahkan ada juga motor menggunakan 3 roda,seperti motor Ramasanches,senang nak antar tong gas katanya..


"Hang jangan jadi pelaq la,hang kecuit kan,ka hang cemburu aku boleh pacaq ghoda depan sampai calaq helmet aku atau sebab aku boleh weekang motor aku sampai calaq penutup muka pada helmet?"kata seorang mat rempit dari Utara..


Ya la,aku memang cemburu la kot,sebab kalau nak tahu,tanda akhir zaman,ramai orang2 beriman akan dipanggil menghadap Illahi..tapi korang boleh beli tiket menghadap Illahi dengan mencium tayar van Rokiah,penjual karipap yang handal mengaripap ataupun meniarap di tengah jalan kemudian digilis lori lebih muatan mengangkut pasir milik Jamal the Boss..ke korang rasa dengan tu korang akan di gelar orang beriman yang dipanggil menghadap Illahi?berimankah anda?beriman ke?jawab le..motor ni juga kegunaannya sangat meluas,contohnya bagi mereka yang tidak berkemampuan,motor lah pilihan utama bagi keluarga yang kurang berkemampuan untuk pergi ke KFC atau destinasi lain,sama ada secara berjemaah(naik 4,5 orang sekeluarga serentak) mahupun beregu(berdua)..dan di KL,motor memang sangat berguna bagi mengelakkan kesesakan jalan raya seperti yang dilaporkan Linda Onn setiap petang di Sinar FM..


HAA!!ni la yang aku katakan naik motor secara berjemaah!


"Mu dok cukop pandai lagi boh,ambo nok ghoyat,semale,ambo mene(menang) lumbo muto..hadiah dia meme beh boh,duit 500,dapat gewe gebu muko supo Tiz Zaqyah soghe..mung tokseh ko?Tiz Zaqyah tu boh,bukan nya Ruminah Sidek..maghi ikut keh g ngeteh(minum teh),bior keh story kat aok.."kata seorang mat rempit kacukan Pantai Timur..


eh,x pe la,x yah belanja aku minum,penat korang berlumba sampai kebas2 satu badan  tiup dek angin nak menang duit tu,x yah susah2 belanja minum..Tiz Zaqyah?aduyai,even kalau Asmirandah sekali pown yang jadi taruhan,aku x nak la membahayakan nyawa sendiri semata2 nak bersenggama ataupun berjimak dengan Asmirandah tu..kena AIDS,dah ko dimandikan dengan air Clorox bila mati nanti..ko agak bape kali dia pernah melakukan perbuatan sedemikian?aku bagitau,kata la sebulan 4x lumba,dan dia lah hadiahnya(balik2 dia),kebetulan ko ialah pemenang minggu ke-11..jawabnya ko tunggu je la surat doktor sah kan ko ada HIV..yang tambah aku pelik,dari mana la datangnya minah rempit ni,mana la diorang dapat idea nak jadi guli dalam lubang(taruhan,kan biasa main guli kita isi dalam lubang sape masuk,dia menang) ni..


"I bukan apa,U bayangkan,mak I bagi Rm10 je seminggu,I nak top up mesej i punya bf lagi,dah la sekolah sehari belanja Rm2,nak beli eye-liner,blusher lagi,nak beli Carefree lagi..mana cukup Rm10..so nak x nak kena la I jaja apa yang ada pada I,untuk menampung kehidupan I..biasa kalau I jadi taruhan,dapat la Rm30..ala bukan susah pown kerjanya,U pown taukan..lagipown,I boleh dapat perlindungan dari abang2 mat rempit ni kalau I susah.."kata Christina,bukan nama sebenar..(biasala,nama sebenar agak kampung,dah duduk bandar,nama pown kena la urban)


Yang ni,banyak persoalan boleh ditimbulkan..ahaha..ok,first,ko nak top up Rm10 nak mesej pakwe kata ko,tapi ko layan nafsu dubuk abang2 mat rempit ni..bapak dayus pakwe ko,bior je awek dia di lanyak secara individu ataupun berkumpulan..second,kenapa ko nak beli Carefree?kalau ko dah buat aktiviti berpasangan ni,insyaallah ko akan mengandung,so x period,dah save sikit duit ko kan?sebab tu ko buat aktiviti ni,kan3?third,why,why u must ask a group of human protect u,Allah is there,and always there,better for u to go take Wudu',grab telekung,and solat rather than u go take a bath to make sure u smells good,take away ur cloths and bersenggama..


Memang menyedihkan keadaan situasi ni,dan dah sebati dah,kalau rempit,mesti melayu..kalau kat Jengka ni,aku x hairan dah,aktiviti rempit ni memang hiburan malam minggu diorang..asal aku balik tengok bola kul 2,3 pagi dari Bandar,ada je sekumpulan dubuk ni duduk bawah lampu jalan(dah macam ulat suka cahaya lak)..pada diorang x bahaya rempit ni,eh kalau x bahaya,x de la kerajaan suruh polis tangkap korang,buat roadblock,bla bla bla..korang merempit kalau accident sorang2 ko x pe..tp ko libatkan orang awam,contohnya kes kat Kuala Terengganu ni(kalau korang nampak tulisan warna lain,klik je,tu bukti aku bercakap benar..ahaha),dah la buat salah merempit,tau takut,lari dari polis,pulak tu yang pergi langgar budak main beskal tu nape,langgar la lori ke..haish..ada jugak yang lagi hardcore,"buat abis minyak motor kalau lari dari roadblock,baik langgor je polis,minyak save,nampak macho lak tu"bisik isi hati mamat dalam kes ni(klik)..and kalau korang nak tau,kita ni kan,sebenarnya dah jauh ketinggalan dari segi kecanggihan Motosikal berbanding Indon..and kawan aku cakap,x lama lagi motor 2 lejang macam RXZ,125ZR akan di hentikan jualan nya oleh kerajaan,sume kena pakai 4 lejang..sebab?maybe kerajaan nak kurangkan benih2 rempit yang baru nak belajar merempit ni,and kebiasaannya,motor yang diguna kan jenis 2 lejang,jenis yang asap ala2 fogging nyamuk tuu..ha,padan la muka semua termasuk yang bukan mat rempit..dah x leh nak pakai RXZ,kesian kat Jantan,penat dia kumpul duit dari bangku sekolah sebab nak beli motor RXZ,dah x dapat beli..ahahaha..



So,kesimpulannya,Mat Rempit ni x de faedah pown,aku bercerita kat sini,padahal aku tau para pembaca sekalian bukan Mat Rempit sebab aku nak kita semua tahu kesan buruk Mat Rempit,kita maybe bukan Mat Rempit,tapi family kita,adik2 kita..elakkan diorang dari terjebak..aku ada sorang adik lelaki,alhamdulillah lah dia ni terselamat dari kemalangan motor yang agaak ngeri dan dah x berminat nak bawak motor macam haram,petang semalam,aku buat air untuk berbuka,tiba2 aku sakit perut,aku suruh adik aku rasa air tu bila dah masuk waktu berbuka,dia diam je sambil buat muka minx pelempang dia,aku g tandas,ngam2 pulak azan berkumandang..then aku kuar bilik air,aku minum la air yang adik aku tolong rasa tadi,Ya Allah tawarnya..



"Dik,asal ko x rasa air yang ngah buat ni sebelum hidang?tawar macam ni nak minum apa?aku bukan ada kencing manis nak minum air menyihatkan ni"kata aku..



"ngah ni kang aku tampor saja je,aku kan dah ilang deria rasa sebab accident dulu,ko buat kan aku air kumbahan pown aku rasa macam air masak.."kata adikku..



-LOL-

P/S: Manusia ni kan,bila dah kena,baru dia beringat..selagi x kena akibatnya,selagi tu manusia tu akan terus buat benda yang x elok tu..bak kata pak cik yang berlakon dalam iklan sekitar awal tahun 2000 "tu la,depa ni x taw yang kita ni sayang kat depa" =>

Saturday, 20 August 2011

20 Ogos 2011 Awek Melayu?

Assalamualaikum..alhamdulillah hari kedua aku menulis dah dapat 2 follower..ahaha..thanks la zoul..aku akan cuba bantu ko mengenai awek melayu hari ni..amacam?berminat?tajuk dia maybe macam lucah sikit..even kalau anda semua search kat youtube mengenai awek melayu,anda x kan dapat apa yang aku terangkan kat sini..sebab?dari 22 result,satu je yang x lucah..bukan aku bukak semua video tu,jangan salah faham..bulan pose ni..x caya g la bukak..btw,kalau baca apa yang aku akan tulis ni,tolong jangan terasa ya wahai pembaca wanita sekalian,kalau ada yang kena bertepek kat dahi anda pown,rahisakan,dan aku minx maaf ya..just niat tuk berkongsi..

"Cepat la tulis!!! Citer sikit pasal awek zaman melayu sekarang..hahahahaha"kata seorang rakan aku yang bersungguh2 nak tau..ahaha

Berdasarkan bancian yang dibuat pada tahun 2010,sebenarnya kita ramai silap..kita selalu pikir "lelaki makin pupus,sebab tu x ramai lelaki kat U"..bohong la kalau korang x pernah terpikir pasal ni kan3?tapi sebenarnya jumlah lelaki 14112667 dan perempuan 13453154..correct me if im wrong..so bagi readers bergelar perempuan,x yah la sibuk nak menggatai dengan laki pastu balik mak tanya "nape ko suka keluar dengan laki?kejap laki ni kejap laki tu" then dengan bodohnya ko menjawab "nak buat macam mana ibu,lelaki dah x ramai,kita takut kita jadi anak dara tua,or x kawin langsung.."BULLSIT!! bak kata awie dalam zombie kampung pisang..tapi aku tau readers perempuan blog ni x buat camtu sebab korang kan baik,dah berpunya semuanya..ahaha..

Okay ladies and gentlemen,actually what is wrong with awek melayu?for me,its nothing as long as u got a good candidate as ur wife,geisha,sugardaughter or whatsoever because u r what u eat,eh silap,u are what u want to be..basically,aku suka tengok perempuan melayu(bunyi awek melayu buat aku jadi geli,macam mat rempit) sebab perempuan melayu cantik2,x putih melampau,x payah nak berjemur bagi itam,x itam melampau,x payah nak melanggan produk memutih Simply Siti setiap bulan..and for u perempuan melayu,u should thank to Allah coz u born as MALAY which means u are already a Muslim..

"eleh kay,ada je yang nak tukar agama jadi kristian,tu Lina Joy tu apa?"

kalau aku nak bercerita pasal Lina Joy,korang pown x sanggup dengar sebab kes dia panjang sangat..sampai kuar Mastika selama 2 keluaran..ahahaha..and aku pown x larat nak taip panjang2,maklum lah,umur semakin mencemburui kita..uhukk2!!tapi apa yang aku nak review kat sini,jenis2 perempuan melayu yang ada sekarang..please take note!what im saying is what i saw in my daily life as a teenager and Univesitas student..so for any arguement,please make ur own blog and counter it back in ur blog..aku pecahkan jenis perempuan melayu ikut 6 jenis..

                 Ini....Ini.....AWESOME CREATURE!                 

1.Bertudung Labuh dan Sangat Islamic in her ways of life..
Jenis perempuan macam ni la yang kita sebagai lelaki nak sangat2 dalam idup kita,kan3?tp aku x..so korang2 je la..perempuan seperti ini diklasifikasikan seperti spesies yang terancam dalam golongan wanita..kenapa?sebab semakin ramai yang bertudung labuh hanya untuk mengikut artis2,especially artis indonesia seperti Oki Setiana Dewi dan ramai lagi..jadi,yang betul2 memenuhi kriteria tudung labuh dan Islamic anda akan jumpa sekiranya jodoh anda ditentukan oleh ibubapa ataupun anda kenal mereka di Universiti,ataupun anda rakan sekerja mereka kelak..kalau korang jumpa tempat lain,TAHNIAH,anda adalah insan bertuah..ahaha

2.Bertudung Labuh,TAPI.......
Aha!dalam banyak2 jenis perempuan jenis yang ada TAPI ni la paling musibat dan harus dielakkan untuk bergaul atau mengahwini mereka..

"Kenapa Kay?bakal isteri aku tudung labuh cuma x islamik sangat,so aku kena tinggalkan dia ke?"

bukan macam tu bingai,jenis yang TAPI ni,dia la sebenarnya wanita paling kotor dan munafik..kenapa?let me give u an example..Si Dia ni tudung sama labuh dengan orang lain,dan Si Dia ni jugak johan Qariah peringkat Negeri Selangor or whatsoever(contoh ni leh jumpa dalam citer KARAK)..tapi bila dia keluar dari hostel(sebab biasa pompuan macam ni terdidik sejak di sekolah agama perempuan or sekolah menengah lagi) dia lah Kaki Disco,dia lah Kaki Botol,dia lah Minah Rempit,dia lah Kaki Jantan..eh sume dia lah senang citer..kenapa aku kata kotor dan munafik?sebab dia menyembunyikan wajah "Kaki"nya di sebalik sehelai Tudung yang Labuh..nak bukti?eh bersepah la,kalau nak datang Jengka aku tunjuk kan ko Living Evidance..sorry to say,but me myself never friend or want to friend with this type of gurls..jauh sekali nak buat bini..

 aku x minat ko,tp sebab ko comel bertudung so aku letak la ya..                                                

3.Bertudung dan Baik Budi Pekertinya
Jenis ni banyak,series ramai sebab banyak member perempuan aku jenis ni..baik budi pekerti bermaksud disini dia seorang yang sangat periang dan tidak kekok dalam perhubungan contohnya dalam kerja2 berkumpulan atau aktiviti seharian..senang cerita x de la bajet2 alim..alimnya bertempat..aku suka berkawan jenis ni sebab diorang ni jenis yang suka buat aku tersenyum dan buat aku terlupa masalah aku untuk seketika..ya la,mana x happy,tiba2 diorang datang kat aku yang memang sentiasa bermuka sombong(bak kata kawan2 aku kat kelas aku sem 1 baru ni) then diorang ajak aku g minum dngan kwan2 aku dan kawan2 dia yang lain,x pown tanya khabar pasal aku,bukan la aku giler nak kasih sayang or perhatian,cuma bila perempuan jenis buat macam ni,ko akan terpikir "ada jugak kawan perempuan yang boleh diajak bersembang dan tuk dengar masalah aku "in case kalau korang single la)"..aku ada ramai kawan2 jenis ni,x payah sebut la namanya,dan aku suka berkawan,BERKAWAN dengan diorang..jangan salah faham aa..

4.Bertudung dan BAEEEKKKK PUNYEEEEE........
Jenis ni,aduhai,jenis ni pown ramai sekarang..kalau korang bukak youtube pown leh jumpa..ahaha..aku x bukak video tu,just tuk research mende ni je..diorang ni kebanyakan nya bertudung sebab takutkan mak ayah,ya la,mana x nya,"pakai tudung!kalau x abah lempang ko sampai berdarah telinga"..actually salah cara tu pak cik dan mak cik..tudung ni,se elok2nya didik sejak kecik supaya terbiasa,and didik lah anak pak cik tu dengan agama,bukan hanya bertudung..x pown sebab zaman sekarang kan tudung dah banyak fesyen,Tudung Irma Hasmie la,Tudung Siti Nurhaliza la(aku suka sebut tudung ni jenis tudung skarf mandi),Tudung Dragon Ball la(tudung ni yang jenis macam Yuna tu cuma dia banyak sangat bungkus kepala sampai terjulur2 ikut seluruh muka)..ha!kat jengka banyak jenis ni,bukan lah bidang aku nak judge orang,cuma kalau dah bertudung,tapi perangai ko 2x5 mcm jenis No. 2 or jenis yang korang jumpa kat google search "Awek Bertudung" td baik x yah pakai tudung,aku x de masalah nak kawan dengan ko or layan ko sembang kat FB sebab u be urself..

HA!!ni la tudung Dragon Ball tu!kenal PIKOR x?sama kan3?still nice la Hana Tajima kan(nama sebenar)..                                                               

5.Tidak Bertudung dan Berkelakuan Baik..
Jenis ni pown aku suka jugak..sebab diorang x hipokrit,diorang x de nak pakai tudung sebab ikut trend or whatsoeveer..but remember my dear,if u not wearing tudung,u will get reward later..aku suka sebab,kalau la jodoh or kawan korang jenis ni,korang boleh dapat pahala free,bimbing diorang supaya terbuka pintu hati dan 
insyallah satu hari nanti diorang berubah,then diorang teruskan apa yang korang ajar pada dia pada anak dia pulak,x ke untung namanya tu..anyway,perempuan melayu akan bertudung bila sampai masanya..

"Eh Kay,ada je perempuan Melayu x bertudung sampai ke mati,or ada je yang dah tua x bertudung sampai ke tua.."

tu tandanya x sampai masa lagi..even korang mati,korang akan "di tudungkan" kepala menggunakan kapan..see?

Eh!Asmirandah,apa u buat kat sini?ahaha..sorry,minggu ni minggu Asmirandah untuk aku..

6.Perempuan Tak Bertudung dan dot dot dot...
Jenis ni,korang baca je la balik jenis No.2 tu,cuma dia better than No.2 tu sebab dia still boleh berubah dan x berkelakuan Munafik which means not pretending to be someone who is so good yet u are *&^*^%*..ee geram aku dengan No. 2 tu..

nasib baik censored,kalau x mesti berdarah idung parents dia tengok..ahahahahaha 

So readers,di bulan ramadhan ni,aku nak susun sepuluh jari tangan(kang korang cakap aku cacat sebab ada 10 jari je campur jari kaki..) minx maaf kalau aku tersinggung mana2 pihak..tp inilah apa yang aku rasa,faham dan pikir semua lelaki akan fikir.. Astalavista Chicken Shiznit!

P/S: Untuk yang minx aku tulis pasal ni,aku harap ko jumpa jodoh yang ko nak melalui jenis2 yang aku bagi ni..             

Friday, 19 August 2011

20 Ogos 2011 - Ibnu Soyyad,Ibn Shayyad = Dajjal al masih?

Tadaa!kejut ke?ahaha..Assalamualaikum sahabatku serta saudara2ku..sihat?dah makan?anda dah berak ke belum?huhu.gurau je,jangan emo2 di bulan ramadhan,kurang pahala,.Okay semua,hari ini,aku akan berkongsi serba sedikit dengan korang semua mengenai Ibnu Soyyad dan Dajjal..pernah dengar nama Ibnu Soyyad?maybe ada yang pernah dan maybe ada yang x pernah..bagi yang tau pasal dia,TAHNIAH,anda pemenang!huhu..sebenarnya cerita pasal dia ni agak menarik..kalau aku tanya pasal kisah Nabi Muhammad S.A.W. berjalan untuk berdagang di Syam bersama pakciknya dan kemudian di tilik kenabiannya maybe dah ramai yang tau..even my own son,eh silap,own sister 10 years old also know..but this Ibnu Soyyad?

"cer citer kay,cer citer kay..aku nak taw jugak..Dajjal ni yang mata satu tu ek?apa kena mengena dengan Ibnu Soyyad ni kay?cer citer,cer citer.."

Ya benar!Dajjal ni yang buta sebelah matanya,aku x kata dia matu satu ya,remember,dia buta sebelah matanya,bukan bermata satu..gambaran dajjal mengenai matanya ialah mata nya buta sebelah,manakala matanya sebelah lagi tersembul keluar..dan di dahinya tertulis perkataan "KA-FA-RA" sedangkan yang ummiyyin(buta huruf) pown boleh membacanya..scary right?kalau nak diceritakan dajjal,banyak sangat prespektif,ada yang kata dajjal ni sebuah negara seperti Amerika kerana mereka menyembunyikan kebenaran sedangkan yang kepalsuan digembar-gemburkan(menutup sebelah mata)..tapi ingat ya semua,Dajjal ni ialah INDIVIDU,sabda Nabi Muhammad S.A,W. : "Sesungguhnya aku memperingatkan kamu mengenai Dajjal dan semua para Nabi sebelum ini memperingatkan kaumnya mengenai Dajjal. Nabi Nuh mengingatkan kaumnya tentang Dajjal,tetapi aku terangkan kepada kamu mengenai sesuatu yang belum pernah diterangkan oleh Para Nabi kepada kaumnya sebelum ini. Ketahuilah,sesungguhnya Dajjal itu buta sebelah matanya,sedangkan Allah Maha Suci lagi Maha Luhur dan tidak buta."..so,Dajjal itu individu..jangan nak serabutkan kepala anda,dan aku akan tunjukkan bukti lain mengapa aku anggap Dajjal itu individu,bukan negara,freemason,ataupun sewaktu dengan nya walaupun perangai segelintir negara mahupun pihak dah macam Dajjal..

"apa kena mengena Dajjal dengan Ibnu Soyyad?ko tulis sama dengan tu?apa ko cuba nak sampaikan?"

SABAR!okay,kisah nya bermula masa aku Form3,aku ni suka berdiri dekat 15 minit baca papan kenyataan kat Masjid kat asrama aku..satu hari tu,ada satu artikel menarik yang di tampal BADAR(Badan Pelajar Islam,bukan nama sebenar Bade Hj Azmi tu)..ianya menceritakan perihal Ibnu Soyyad yang sangat lah celaka(aku x tipu,memang berdasarkan kisah dia,dia memang celaka)..so aku pown baca la dalam keadaan berdiri dekat 15 minit sekeping kertas A4,dengan font 8(nak buta mata aku belek tulisan dia)..tapi masa tu,aku x jelas sangat pasal Ibnu Soyyad..ya la zaman tu aku x faham kegunaan internet,yang aku tau internet ni gunanya nak bukak Myspace x pown Friendster je..kebetulan masa ujung tahun form 5,aku teringat pasal Ibnu Soyyad,"aku x taw banyak pasal budak ni,tapi kenapa aku asyik pikirkan cerita dia,nape dia biadap dengan Nabi Muhammad S.A.W."..

So,nak dijadikan cerita,aku cari la buku pasal dia ni kat pasar malam,x jumpa,yang aku beli balik pasar malam,punggung ayam dengan vcd gusti..lama2 aku try tanya Ustaz aku,dia pown jawab dengan selambanya "kamu banyak lagi nak kena belajar,Ibnu Soyyad tu kemudian kamu pikirkan.."masalahnya jenis aku kalau pikir satu benda,bendu tu je la aku pikir,melainkan kalau aku main dota,lupa la kejap..last2,aku teringat pasal dia ni kat cc lepas fed up main dota asyik kalah,maka aku pown mulalah membaca mengenai nya sedikit demi sedikit..apa yang akan aku sampaikan ini ialah fakta,hadis dan sebahagian quote dari para sahabat..

Nak dijadikan cerita,Ibnu Soyyad ni seorang kanak2 sewaktu Baginda bertemu dengan dia..dekat nak baligh la senang cerita..Nabi Muhammad,Umar Al-Khattab,dan para sahabat yang x lebih dari sepuluh orang pergi menuju ke perkampungan Ibnu Soyyad,dan ketika ditemui(macam Bullet Tin Utama lak),dia sedang bermain bersama kanak2 lelaki sebayanya..dah seronok sangat main,Ibnu Soyyad x sedar Baginda datang,lalu Baginda pown menepuk belakang Ibnu Soyyad dan bertanya 

"Adakah kamu bersaksi bahawa aku ini Rasulullah?"di pandangnya Baginda.

Lalu Ibnu Soyyad menjawab "aku bersaksi bahawa kamu ialah rasul orang ummiyyin(tidak pandai membaca dan menulis)..adakah kamu bersaksi bahawa aku ialah utusan tuhan?"disoalnya kembali kepada Nabi Muhammad S.A.W..

Baginda menjawab "aku hanya beriman kepada Allah dan Para Rasul-Nya..Apa yang kamu nampak tentang perkara ghaib?"tanya Baginda..

"datang kepadaku berita benar dan bohong"jawab Soyyad..

Baginda bersabda "engkau tidak dapat membezakan keduanya..Sesungguhnya aku telah menyembunyikan sesuatu darimu supaya kamu boleh memberitahuku benda tersebut..

Ibnu Soyyad berkata "Dukh(sejenis asap)"

"Ikhsa'(iaitu perkataan seperti menghalau anjing).engkau tidak mampu mengetahui perkara ghaib semata2 kerana kuasa yang ada pada engkau itu adalah pemberian Allah kesemuanya"sabda Baginda.

"Izinkan aku memenggal kepalanya Ya Rasullulah S.A.W."kata Umar Al-Khattab yang terkenal dengan keberanian serta kegarangannya.

"Sekiranya dia adalah Dajjal,engkau tidak akan mampu membunuhnya,dan sekiranya dia bukan Dajjal,maka tiada sebarang kebaikan dengan membunuhnya."sabda Baginda..

Pernah sekali ,Abdullah bin Umar,sahabat Baginda menceritakan pada suatu hari,Baginda dan Ubai bin Kaab al-Ansari kesebuah kebun Tamar(kurma ya kawan2)..time tu Ibnu Soyyad ni sedang duduk dalam kebun tu..Rasullulah masuk ke dalam kebun itu dan bersembunyi disebalik pelepah2 pokok Tamar supaya dapat mendengari pertuturan dari Ibnu Soyyad ni tanpa pengetahuannya..time tu,Ibnu Soyyad ni tengah baring mengiring dan mengeluarkan suara yang tidak difahami..

"Wahai Sof(nama Ibnu Soyyad),Sof,Ini Muhammad"kata ibu Ibnu Soyyad yang ternampak kelibat Baginda di sebalik pokok Tamar..

"Sekiranya ibu Ibnu Soyyad membiarkannya nescaya akan nyatalah siapa sebenarnya Ibnu Soyyad"sabda Baginda.

faham x apa yang aku cuba sampaikan?dulu,Nabi Muhammad pergi menjumpai Ibnu Soyyad ni untuk mengetahui dia ni Dajjal atau x..pernah sekali Jabir bin Abdullah bersumpah atas nama Allah bahawa Ibnu Soyyad ni ialah Dajjal..tanya seorang sahabat,kamu bersumpah dengan nama Allah?

Jabir pown menjawab "aku mendengar Umar -Al-khattab bersumpah atas nama Allah bahawa Ibnu Soyyad ialah Dajjal,dan Baginda tidak mengiyakan,mahupun menidakkan"..

sedangkan Baginda tidak mengiyakan Dajjal itu Ibnu Soyyad atau x..sapelah aku nak kata dia Dajjal..tapi,apa yang buatkan aku tertanya2 pasal ni ialah Ibnu Soyyad ni sendiri,dia makin lama makin menyerupai Dajjal,sembang nya macam menipu,matanya nya jadi satu..pernah terjadi satu peristiwa Umar Al-khattab berjumpa dengan Ibnu Soyyad dan melihat matanya telah buta sebelah..

Lalu ditanya Umar Al-Khattab "sejak bila mata kamu menjadi demikian?"

"Tidak Tahu"jawab Ibnu Soyyad..

"apakah anda tidak tahu padahalmata itu dikepalamu sendiri?"tanya Umar lagi..

"Jika Allah mengehendaki, Dia menciptakan yang demikian ini pada tongkatmu"jawab Ibnu Soyyad sambil berdengus seperti Himar.

lepas tu sebahagian sahabat menegur Umar bahawa dia lah yang memukul mata Ibnu Soyyad dengan tongkatnya,tapi Umar sendiri tidak merasakan yang dia melakukannya(separa sedar)..sejak dulu lagi Ibnu Soyyad ni dikatakan Dajjal,tapi dia ni pandai,dia cuba buktikan yang dia bukan Dajjal..pernah satu ketika dia ni mengerjakan Haji@Umrah dengan Abu Sa'id Al-Kudri r.a..Ibnu Soyyad ni try la buat baik,hulur makanan,minuman pada Abu Sa'id r.a. tp ditolaknya,risau kerana mengesayki dia ialah Dajjal..

"sekiranya aku ialah Dajjal,bagaimana mungkin aku mampu mengerjakan Haji@Umrah di Kota Mekah sedangkan Dajjal tidak dibenarkan masuk ke kota suci ini?sabda Baginda,Dajjal itu mandul dan tidak ada anak,sedangkan aku ada anak yang aku tinggalkan di Madinah?"kata Ibnu Soyyad nak bersihkan nama dia..

"Demi Allah,ingatlah,sesungguhnya aku mengetahui dimana dia(Dajjal) berada dan mengetahui dimana tempat lahirnya"kata Ibnu Soyyad..

Abu Sa'id bertanya,"kau suka jika lelaki itu(Dajjal) ialah kau?"

"Jika disindirkan padaku,maka aku tidak benci."jawabnya..

Panjangkan cerita tu?nak dijadikan cerita,Ibnu Soyyad ni sepanjang hidupnya dia dikaitkan dengan Dajjal,dan yang menariknya, ialah dia ni x kesah orang panggil dia Dajjal..Nabi Muhammad mengakui bahawa dia ini mempunyai sesuatu yang istimewa pemberian Allah..ada pendapat mengaku Dajjal itu ialah Ibnu Soyyad,kerana ada beberapa sahabat bersumpah bahawa Dajjal itu ialah Ibnu Soyyad sedangkan Baginda tidak mengiyakan mahupun menidakkan..tapi,ada jugak yang menidakkan berdasarkan fakta anak Ibnu Soyyad,tempat tinggalnya di Madinah yang mana Dajjal tidak dibenarkan masuk kedalam nya,even Ibnu Soyyad ni pown g Haji..satu lagi fakta mengapa Ibnu Soyyad ni bukan Dajjal,sebab Hadis Tamim al-Dari..nak ringkaskan,pada satu hari,Tamim berlayar dilaut dengan krew kapal sampai la dipukul ombak hingga terpaksa berlabuh di sebuah pulau..cerita yang ni panjang sikit,tapi endingnya,ada seekor makhluk berbulu dan besar yang diorang jumpa kat situ dan makhluk tu suruh Tamim ni tanya sape makhluk tu pada seorang lelaki yang dirantai dalam sebuah gua..dan lelaki tu mengaku dia adalah Dajjal al-Masih..manakala makhluk berbulu yang kat luar tadi ialah Al-Jasassah(kalau betul la ejaan aku),penjaga Dajjal yang ada dalam gua tu..Tamim cerita pada Baginda dan Baginda membenarkannya..

So,Dajjal besar kemungkinan nya bukan lah Ibnu Soyyad,tapi aku still minat pasal Ibnu Soyyad ni sebab dia macam penipu besar yang sangat meyakinkan..Dajjal ni bapanya manusia yang gemuk,manakala mak nya pulak ialah jin pompuan yang sangat buruk dan gemuk..gambarannya begitulah..ada ura2 mengatakan Dajjal ni sekarang di rantai di sebuah kepulauan di Yemen..tapi,hebatnya kuasa-Mu Ya Allah,secanggih2 radar amerika,x boleh jumpa mana letaknya pulau tu..dulukan,aku selalu dengar ustaz cakap,jangan biarkan azan berkumandang tanpa menjawabnya..sebab?kalau kita buat camtu,maka terbuka la satu gigi rantainya hingga lah satu hari nanti rantai itu x boleh di pasang semula..ada pihak mengatakan bahawa Dajjal ni di rantai oleh Nabi Sulaiman yang kita ketahui boleh berbahasa dengan haiwan,jin dan sebagainya..Rasullulah juga pernah bersabda "jarak antara hari kiamat dengan waktu kita(sekitar zaman kehidupan Rasulluah S.A.W. hanyalah seperti jarak jari telunjuk dan jari hantuku"..membuktikan betapa x jauhnya kita dari hari kiamat..

"x best la kay entry ko ni,aku x paham sangat.."

ko kalau aku post pasal pompuan seboleh2 nak paham,bab macam ni..haish..huhu..aku bukan la cendekiawan,Ustaz,cikgu,ataupun pensyarah,tapi aku suka bab2 mcm ni,pasal kiamat..pasal Dajjal,pasal Yakjuj Makjuj(bukan yakjud makjud taw),dan macam2 lagi..banyak tanda2 besar kiamat akan muncul x lama lagi..misalnya,sekarang,Bumi sebenarnya dah semakin nak kiamat..tanda2 kecil hampir semuanya sudah ada..and antara berita yang menarik tuk aku kongsi bersama dengan korang,Marikh sudah pown terbalik arah putaran nya dari yang asal menyebabkan siang disana menjadi malam,dan malam menjadi siang,matahari terbit di sebelah barat dan tenggelam di sebelah timur..x percaya ka??fenomena ni dipanggil "Retrogade Motion" oleh para scientist yang kapiaq masih x nak mengaku kebenaran Islam..ni link tuk berita ni,korang nilai la sendiri boleh pakai ke x ya.."klik pada saya"..yang pasti,x lama dah weh nak kiamat..percaya lah..tp jangan percaya kiamat 2012 sebab korang tengok movie banyak sangat..tah ada jugak insan bebal mana post kiamat 21Mei 2011..ingat,even Nabi junjungan kita pown x taw bila nya kiamat secara actual date..kerja kita beribadat la selagi mampu..banyak lagi yang menarik pasal kiamat contohnya waktu Dajjal merentasi Bumi untuk menyesatkan manusia ialah 44 hari,tapi 44 hari tu makna nya sebulan 14 hari ke?ops,salah tu..x pe,insyallah aku akan post mengenai kiamat dalam masa terdekat sebelum aku balik U..just untuk renungan kita bersama..betulkan aku kalau aku salah,cuma jangan dengan menuduh aku freemason or illuminati dengan menyebarkan fakta x betul..sebab aku pown sape je,student..banyak lagi nak kena belajar..tapi setakat apa yang aku tulis kat atas tu betul..g amik wudu',baca Al-Quran..pasal Ibnu Soyyad tu je susah nak faham sikit kalau baca dalam bahasa Indonesia,n pasal orbit bumi tu aku relatekan kajian NASA dengan tanda kiamat matahari terbit disebelah Barat..okay bebeh?take care u'olls!!

ni zikir yang selalu buat aku rasa aman je..harap2 korang akan rasa benda yang sama macam aku!

P/S:cerita kat atas ni agak panjang,maklumlah pasal kejadian ciptaan Allah seperti kiamat x boleh kita singkatkan..so mana yang x faham sangat,kalaukorang yang sembang dengan aku face2face,aku akan bg korang paham..k?